3
HFMD Punca Taska Tutup Seminggu |  Miggu lepas, aku terima info dari cikgu kelas Abang Long mengenai penyakit berjangkit HFMD yang menular kat sekitar Putrajaya. Terdetik dalam hati macam kena kuarantin jer ni. Selalunya kalau cikgu bagi info macam tu, bermakna ada kes yang berlaku kat taska. Selang sehari, cikgu hantar memo penutupan taska bagi anak-anak umur 2 tahun dan 4 tahun.

Sah ! Ada kes yang sedang merebak. Bermula 18 hingga 24 Januari 2018 kena tutup dan bermakna aku pun terpaksa bawak Abang Long ke pejabat. Nak cuti, sayang woooii.. baru bulan 1 ni. Masih berbaki 11 bulan nak menghadap apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku. Sakit demam anak, selalunya si ibu yang akan cuti terlebih dahulu. Nak bergilir dengan suami, tak ada harapan la bila dia kerja luar dari Putrajaya.

Tak ada pilihan lagi, 2 hari dah Abang Long datang kerja dengan aku. Tempat duduk dia pulak kat bawah meja...hahahaa. Korang bayangkan, macam mana bosan budak ni. Kejap-kejap terjenguk-jenguk, jalan sana sini..aku pulak risau. Risau orang lain tak selesa dengan kehadiran anak kat pejabat. Sebaik dan segarang yang boleh aku kena kawal pergerakan Abang Long. Kesian pun yea gak dia, budak mana tak bosan kena paksa duduk diam. Umpan dia, bagi jer telefon dan layan citer kartun. Tu jer boleh buat dia dalam keadaan zon selesa kat pejabat..hahaaaa.

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. [Rujukan Portal Rasmi KKM]

Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan kanak-kanak kurang dari sepuluh (10) tahun terutamanya di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska/tadika. Justeru, KKM ingin menasihatkan ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

  1. Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/ sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
  2. Membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
  3. Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh / merawat lepoh dan semasa mencuci najis kanak-kanak tersebut.
  4. Membersihkan (basmikuman menggunakan larutan chlorine based) permainan anak serta lantai rumah terutama tandas.
  5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
  6. Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain.

Sumber daripada Kenyataan Akhbar KPK 16 Jun 2016: Situasi Semasa Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Di Malaysia

Perkara yang paling menakutkan ibu bapa bila anak tak sihat. Walaupun kes-kes macam ni, layak dapat cuti kuarantin tapi yang lebih penting kesihatan anak tu terjamin. Aku perhatikan jugak keadaan Abang Long ni, risau dia pun turut dijangkiti. So far, tak ada apa-apa tanda yang merisaukan aku. Alhamdulilah. Cuma mampu berdoa agar Allah berikan kesihatan yang baik untuk anak-anak. Korang ada pengalaman anak kena jangkitan HFMD ?


Post a Comment

Hans said... 22/1/18 4:30 PM

semoga semua nya berjalan lancar

dorsett pink said... 23/1/18 10:19 AM

Baguslah tindakan skolah tu ambik action utk cuti seminggu.. Takut nan i viruz merebak lagi teruk, so precautions is the best treatment

Akif Imtiyaz said... 1/2/18 7:52 AM

Ok laaa kan ttp drp bukak ramai pulak yang berjangkit ssh jugak nanti..

 
Top