9
Tarikan Menarik Di Melaka | Minggu depan, bagi Wilayah Persekutuan akan cuti berpanjangan selama 5 hari. Bermula pada 31 Januari nanti bagi perayaan Hari Thaipusam dan bersambung pula dengan cuti hari Wilayah pada 1 Februari. Keesokan hari, terus sambung cuti rehat je lan...hihiii. Biasa cuti panjang macam ni, ramai yang merancang untuk balik kampung dan tak kurang juga yang merancang untuk bawak anak-anak makan angin yea dak ? 

Kalau tanya aku kemana nak pergi bila cuti macam ni, aku akan pilih ke negeri Melaka. Tak jauh pun dari Putrajaya dan yang menarik, banyak lokasi yang boleh diterjah di sana nanti. Sebelum ni, aku dah beberapa kali ke Melaka tapi masih jugak belum sempat terjah kesemua lokasi yang jadi viral. Maklumla, pergi sana hari minggu jer..mana nak sempat singgah semua. Sebelum korang ke sana, boleh la merancang perjalan dan tempat yang nak singgah kat Melaka dengan checkout laman web Unseen Malaysia ni. 

Jom aku kongsi dengan korang 4 lokasi tarikan menarik di Melaysia yang pernah aku singgah sebelum ni. 

THE SHORE SKY TOWER

Sky Tower ni terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery. Ketinggian 163 meter dari paras laut mampu buat korang gayat..hehehehee. Pada mulanya aku pun sesat jugak nak kesini, tapi dengan bantuan waze hanya perlu cari "The Shore Shopping Gallery" jer dah boleh sampai. Untuk memudahkan korang ke sini, parking jer kat memana level, kemudian korang terus ke Level 2 dan cari lif dihujung sekali untuk naik ke tingkat 41. Kat lif tu, dah ada orang yang jaga untuk terus naik ke atas. Sampai jer tingkat 42, korang akan naik tangga atau lif berasingan ke tingkat 42 dimana lokasi Sky Tower ni berada. 

Teruja tau bila dapat naik kat sini dan jangan lepaskan peluang ambil gambar di belakang aku tu Pihak pengurusan tak benarkan korang ambil sebarang gambar dnegan kamera sendiri, jadi nak kenangan abadi korang boleh beli gambar sebelum keluar dari sini. Aku sempat jer posing kat sana untuk 3 keping gambar..hehehee Tapi aku tak beli pun gambar tu sebab harga terlalu mahal ! 1 keping RM 45.00 . Lagipun kami posing tak cantik, memang tak berbaloi nak beli gambar tu. Bro yang jaga kat situ pun macam blurrrr jer masa nak snap gambar kami kot yea pun cakap la 'akak...ok posing berdiri..duduk..posing fly bla bla bla'.. Dari pengalama aku, kalau datang sini, psatikan korang naik waktu siang sebab view lebih cantik dari malam. 


Kat atas ni korang boleh tengok keseluruhan negeri Melaka dari tempat yang tinggi. Demi jejak kaki ke sini, panas macam mana pun, bertahan jugak kat atas tu lebih kurang setengah jam.. Rugi wooo stay kejap jer sebab tiket mahal. Pastikan korang masuk toilet dulu sebelum naik atas, sebab kat atas ni tak ada apa-apa pun kecuali kolam ikan yang menarik perhatian anak aku untuk main walaupun panas lip lip bak hang.

COCONUT SHAKE KLEBANG

Akhirnya sampai jugak tempat yang aku nak sangat singgah minum air kelapa kat sini. Waktu sampai tu, aku tengok orang yang beratur untuk bungkus coconut shake Klebang ni lebih dari 50 orang. Panjang giler ! Cakap kat suami, lebih baik masuk ke dalam dan cari meja sambil hayati minum air kelapa.

Orang ramai yang amaaaaat .. meja penuh dan mata haruslah liar mencari orang yang dah sedia nak angkat bontot. Bila dah dapat meja kat penghujung gerai ni, suami aku patah balik ke depan untuk tengok makanan lain yang dihidangkan kat sini. Lebih kurang 15 minit baru sampai coconut shake Klebang atas meja kami. Suami pulak belikan keropok lekor dan nasi lemak untuk isi perut sambil layan coconut shake.


Kat sini pun perlu kesabaran yang tinggi untuk dapatkan minuman yang diviralkan. Ok, coconut shake Klebang ni sedap disebabkan aiskrim yang dorang guna tu pun dah cukup sedap. Suami aku sempat intai, dorang letak aiskrim vanila jenama Walls. Patutla sedap bila dikacau sebati dengan air kelapa. Aiskrim pun banyak, tak kedekut gitu. Harga pun murah jer.

IKAN BAKAR PARAMESWARA, UMBAI



Medan ikan bakar di Umbai ni memang terkenal sangat. Kat sini ada banyak gerai atau kedai makan ikan bakar dan yang paling ramai pengunjung ialah Ikan Bakar Parameswara. Aku sampai ke lokasi jam 8 malam, orang dah ramai beratur. Aku bernasib baik sebab pengunjung yang beratur di depan aku bagitau supaya cari meja terlebih dahulu sebab bila nak order nanti, bagitau kat kaunter nombor meja.

Jadi kami berpecah, aku cari meja dan suami pula beratur untuk tempah makanan. Lebih kurang 45 minit beratur kat sini, baru dapat order ikan bakar. Dan menunggu makanan sampai ke meja pulak lebih kurang 30 minit. Sesiapa yang nak makan kat sini, perlu kesabaran yang tinggi okeh...hahahaaa.
Pegunjung yang datang kat sini cadangkan supaya pilih ikan bakar 'kosong' dah memadai sebab sambal kicapnya cukup ummmmpppphh. Kebetulan ikan kerapu dah habis, jadi suami pilih ikan siakap jer untuk santapan malam tu. Tak salah kita cuba menu yang menjadi kegemaran ramai yea dak? 

Menu sepahat masak halia ni dah ditetapkan harga dan beratnya. Hanya perlu ambil dalam bakul dan maklum nak masak apa. Sotong goreng tepung ni lebih kurang 3 ekor dan cukuplah untuk kami suami isteri menjamu selera. 
Mengikut selera aku ketika makan dalam keadaan perut lapar, ikan bakar kat sini dalam kategori 'biasa' jer. Mungkin tak cukup uuurmmmppphh dengan sambal kicap yang disediakan dan kalau disediakan pilihan air asam, mungkin lebih baik. Sepahat tu sedap dan anak aku suka makan kuahnya... banyak pulak dia makan malam tu hanya dengan kuah sepahat. Lapar kot ...hihii. Sotong goreng tepung ni kasi kasi terbaik. Aku suka tepung yang salut sotong tu, rangup giler. 

KUIH KERIA ANTARABANGSA

Kali kedua aku ke Melaka, akhirnya aku dapat jugak makan kuih keria yang viral di media sosial. Daripada komen orang ramai, ramai yang mengatakan kuih Kuih Keria Antarabangsa dari Melaka  ni sedap giler. Kebetulan aku dah berada berhampiran dengan coconut shake Klebang, terus jer la singgah nak beli. 

Waktu aku sampai sana lebih kurang pukul 1 tengahari, aku tengok kat meja depan tu dah kosong. Bakul atau bekas kuih pun dah tak ada dan hanya tinggal meja jer. Tapi ramai yang beratur untuk membeli. Aku tak percaya dah habis sebab aku dengar perbualan pelanggan lain 'kuih keria masih ada, tengah menggoreng kat belakang tu'. Sorang demi sorang pelanggan beransur dan cakap 'dah habis'. Tapi sebarang notis tak diletak kat luar atau dimaklum kepada pelanggan. 

Tapi aku gigih jugak beratur sebab sebelum ni datang dengan perut memboyot tak dapat makan, kali ni aku nak jugak rasa keenakan kuih keria ni. Lebih kurang 45 minit beratur, akhirnya tiba giliran aku. Rupanya dorang dah limit untuk setiap pembelian supaya orang yang dibelakang boleh gak merasa. Ok la, kiranya adil untuk yang berpanasan beratur tu. Hanya satu jer komen aku, kuih keria ni memang sedap. Makan waktu masih hangat pun sedap, bila dah sejuk rasanya tetap sama. Tak keras. Korang yang datang sini, jangan lupa singgah tau.


Ok, itu jer lokasi yang sempat aku terjah di Melaka. InshaAllah kalau ada rezeki lain, kami akan datang sesi jelajah seterusnya. Banyak lagi lokasi tempat bersejarah yang korang boleh terjah kat Melaka. Aku cadangkan korang buat list berdasarkan Top Melaka Attractions sebab kat situ lagi banyak pilihan dan lokasi yang best untuk melawat bersama keluarga. Selamat bercuti !




Post a Comment

raihanah said... 29/1/18 8:46 AM

banyak tarikan baru skrg ni

Eyqa Hasnan said... 29/1/18 10:45 AM

Paling nak pergi sky tower tu tapi belum berkesempatan

Mama Kembar 3 said... 30/1/18 9:23 PM

Adehhh dah brapa blog dok crita pasai melaka, ni yg buat lagi membuak buak nak pi sana lagi

Akif Imtiyaz said... 1/2/18 7:46 AM

Lama nya tak g Melaka.. best jalan2 kat Melaka lawat tempat2 menarik.. kuih keria tu kakya tak penah singgah lagi setakat ni.. ntah bila laaa dapat rasa ..

Kak Mahh said... 3/2/18 6:02 AM

Pergi Tak ajak Kita. Merajuklah.

Noriza Abdul Rahman said... 5/2/18 11:31 PM

Nak kena pergi time orang kerja baru lah tak ramai kat Melaka ni, Kami pergi hari tu pun tak dapat merasa kuih keria viral tu

PG said... 6/2/18 12:13 AM

Melaka memang best sebab banyak tempat2 menarik untuk dilawati...:)

Radhia Razali said... 9/2/18 3:11 PM

tak pernah bosan melancong di Melaka ni..sebab banyak sangat tempat menarik..& makanan pun sedap2

Sofinah Lamudin said... 17/3/18 2:03 PM

Lakunya keria tu...mesti sangat sedap.

 
Top