10
BONNISAN | Suplement Tambah Selera Makan Anak | Minggu lepas aku ada share gambar Abang Long pegang botol ubat kuat depan taskanya ! Yeaaa.. Botol ubat kuat makan..heheheee. Rupanya ramai yang respond kat status FB aku tu. Bermakna anak korang pun sama macam anak aku, susah nak makan. Kena paksa makan. Sampai satu tahap, kena marah baru nak makan. Allahu anak...macam-macam ragam.


BONNISAN | TAMBAH SELERA MAKAN ANAK 

Abang long ni memang susah nak makan, kena paksa. Kat taskanya, aku tak pasti dia makan macam mana. Selalunya kat taska, cikgu akan ikut jadual waktu makan. Tak ada nak tunggu lelama kalau anak-anak makan sambil main-main gitu. Kalau kat rumah, setengah jam makan belum pasti nasi dalam pinggan tu luak. Kadang tu siap umpan dengan macam-macam jenias mainan atau cerita kartun kat TV , bagi dia leka sambil nganga mulut ...hahhahaha 

Dah hampir 2 minggu aku bagi Abang Long minum Bonnisan ni. Kalau tak silap aku, hari ke-4, aku perasan selera makan dia bertambah. Asyik lapar jer. Balik dari taska terus minum susu. Sampai rumah nak susu lagi. Pada mulanya aku fikir dia tak makan kat taska. Tapi benda ni berlarutan seminggu. Rupanya kesan dari Bonnisan yang buat Abang Long makin berselera nak makan dan asyik lapar.

Sejak dari tu, aku balik rumah terus siapkan makanan untuk dua beradik tu makan. Sebelum dia mintak susu, aku suakan nasi. Haaaa...kenyang ! Nasi pulak bukan sikit dia makan. Aku nampak beza dia makan lebih banyak dari kebiasaan. Ada satu hari dia asyik mintak susu jer, lepas tu aku tanya 'abang long lapar ke?'.. dia jawab lapar sambil pegang perut sedangkan baru beberapa jam lepas dah makan. See... perubahan positif. Budak ni kalo makan banyak, kat pipi tu dah boleh nampak berisi. Aku pun seronok bila anak suka makan. Nak masak pun makin bersemangat. Penat pun tak kisah, asalkan perut anak-anak kenyang. 


Bonnisan ni jenis syrup yea. Aku suka jenis syrup ni, kalau anak tak nak makan guna sudu aku suap guna guna syringe tu. Lagi senang sebab ada sukatan. Sekali aku suap, 4ml. Heheeee. Rasanya macam mint dan ada manis-manis sikit. Ni yang aku rasa hujung-hujung lidah jer. Kalau korang tanya aku tentang Bonnisan ni, memang aku cadangkan korang beli sebotol bagi anak cuba. InshaAllah selera makan anak bertambah. Harga pun tak mahal. Lain-lain info, boleh tengok laman sesawang HIMALAYA.


Post a Comment

mas saari said... 28/2/18 8:02 PM

Makin berisilah Abg Long lepas ni.

Gja said... 28/2/18 11:17 PM

Seronok bila tengok anak berselera makan

Nurjuwaini said... 28/2/18 11:19 PM

Peekongsian yang sgt bermanfaat

Mohaz Sue said... 1/3/18 7:53 AM

Barulah syok nak masak macam-macam kan bila ada yang suka makan. Bonnisan ni memang magic!

Salina Johari said... 1/3/18 4:52 PM

bila anak dah mula ada selera makan , hati ibu mana yang tak hepie kan....syukur sangat !!

Akif Imtiyaz said... 1/3/18 6:18 PM

Alhamdulillah selera makan bertambah.. pasni abg long mintak laa ibu buatkan makanan feberet yang best2 tau.. mintak buat muffin ngan bonis yang sedap okey banglong

Hans said... 1/3/18 7:42 PM

alhamdulillah selera makan bertambah
baru kuat dan bertenaga :)

Emarieys said... 2/3/18 3:43 PM

Bagi abg long berselera makan pasni boleh dukung adik.

qaseh dalia said... 3/3/18 2:11 AM

Bagus Abang Long , moga makin berselera mtk ibu masak sedap2 :p

Nadia Johari said... 12/5/18 5:31 PM

makin bambam abang long

 
Top