3
Budak Kena Buli ! Dah besar budak ni..haaa.. Nka jadi abang ngah tak lama lagi ...hihiii. Bulan ni genap usia 9 bulan dan paling best, baru tumbuh gigi. Fuh ! Seram sejuk jugak aku bila anak tumbuh gigi ni haaaa. Menggigit ? Huwaaaaaaaaa.. Tak sanggup tau. 

Abang long dulu, usia masuk 6 bulan dah keluar gigi. Tapi tak sempat aku nak rasa seriau sebab waktu tu dia dah minum susu formula. Alhamdulilah.. si adik ni masih lagi menyusu badan. Rezeki anak. 

Hari Jumaat lepas, lepas balik kerja aku ambil dia kat rumah pengasuh. Badan dah mula dedar..ermm. Cukup risau bila anak demam ni. Keesokan hari, nampak gusi dah mula merah-merah. Cuba la masukan jari dalam mulut dia.. Sah ! Demam nak tumbuh gigi rupanya. Kesian kat anak..merengek jer sepanjang hari. Sakit tu. Macam kita yang dah tua ni la, sakit gigi camna kan.

Dalam kesian pun sempat jugak aku menyakat dia. Geram wey..geram nak rasa gigi dia tu haaaa. Dah pandai tutup mulut rapat tak bagi kacau gigi dia. Tu yang menangis sampai teresak-esak..hahaha. Mak aku cakap, bila dah keluar gigi tu hilang la nanti rasa sakit dan demam pon kebah. InshaAllah.

Hari ni tetap hantar ke rumah pengasuh. Nak cuti, sayang woiii. Lagipun demam dia masih dalam keadaan 'ok'. Demam sakit gigi jer bukan demam teruk. Kat farmasi ada jual gel tuk kurangkan rasa sakit ni. Aku bekalkan dalam beg dia dan mintak tolong pengasuh sapu jer gel tu kat gusi dia. Harap-harap dengan sapuan tu boleh kurangkan rasa sakit. Lepas tumbuh gigi, apa pulak yea ?


Post a Comment

Mimin Adam said... 13/2/18 11:45 AM

amboi air mata dia. Raja air mata nii

Lynda Che Lah said... 13/2/18 12:13 PM

Aloooooo..siannya

Emarieys said... 13/2/18 12:37 PM

kemain berjujuran air matanya..

 
Top