2
Gembirakan Hati Mereka, Allah Gembirakan Hati Kita | Minggu lepas, aku sempat balik kampung untuk beberapa hari memandangkan cuti pelepasan am bersambung dengan hari minggu. Kalau balik Kelantan, tak puas rasanya dapat tidur sehari dua. yea laaa..perjalanan pun dah makan masa seharian atau lebih kurang 6-8 jam. Aku pun dah lama tak balik kampung. Rindu pulak dekat keluarga kat sana. Rindu dengan ibu sendiri walaupun setiap hari dapat dengar suara, tapi rasa rindu tu tak hilang selagi tak tatap wajah uzur orang tua kat kampung.

Aku pulak dah ada perancangan tersendiri nak buat kejutan untuk Ma. Tak segah mana pun tujuan aku untuk beli kek jer sambil makan-makan dengan keluarga. Hari lahir Ma tanggal 7 Februari nanti, jadi tak salah aku raikan seawal beberapa hari. Alaaaa.. Korang bayangkan, memana ibu pun dah cukup gembira bila anak pulang ke kampung dan tak meraikan ulang tahun mereka pun, hati dah cukup senang. 

Kebetulan, anak saudara aku pun baru jer lepas ulang tahun kelahiran. Rancangan awal tadi bertukar menjadi majlis kesyukuran kat kampung. Jemput saudara mara yang rapat jer dan beberapa kenalan yang ada kat kampung. Meriah bila ramai-ramai datang berkumpul. Terserlah keseronokan kat wajah dua orang kesayangan aku ni haaaa. Mana tak sayang, anak saudara sulung, lelaki pulak tu dan satu-satunya orang tua yang aku ada sekarang ni.

Aku tempah khas kek untuk mereka. Bukan senang tau nak cari baker yang ada kat Kelantan. Puas jugak aku usha intagram dan facebook. Ada yang berkenan, tapi jauh dari lokasi. Kalau nak senang, order jer kat Secret Recipe jer kan. tapi aku nak kelainan. Alang-alang nak meraikan orang tersayang, tak salah aku pilih sesuatu yang lain untuk mereka.

Dapatlah 2 biji kek hasil 'permintaan' aku dengan baker di sana. Hahaaaaa.. Seminggu sebelum balik kampung, aku dah settle urusan jual beli kek ni tapi sehari sebelum majlis, sempat lagi aku tukar deko atas kek tu. Terima kasih tau sebab layan permintaan aku ni ha. Lagipun, kek ni pun anak aku jugak yang duk makan..hahaaaa

Sesiapa yang nak tempah kek di Kelantan yang cantik-cantik atau nak mintak deko mengikut kehendak sendiri, boleh la usha instagram baker dari Kelantan ni. Rasa dan deko kek ni berbaloi dengan harganya.

Instagram : Awacakeboutique
WhatsApp : 013-206 6042
Lokasi : Pasir Tumbuh / Limbat




Post a Comment

Izyan Balqis said... 6/2/18 11:39 AM

nampak sedap keknya.

Radhia Razali said... 9/2/18 3:10 PM

Happy belated birthday, Ma Dkna..kek tu nampak sedap sangat

 
Top