6
Kedai Makan Menarik Di Kelantan | Restoran Syakila |  Balik Kelantan tempoh hari aku sempat ajak keluarga makan tengahari kat kedai. Malas nak masak kat rumah, tukar selera makan kat luar. Kadang aku pun pening nak makan kat mana walaupun sebelum balik kampung dah rancang destinasi yang nak terjah...hahahaa. Maklumla banyak sangat pilihan kedai yang menarik di Kelantan yang wajib korang singgah. 

Aku yang duduk di Kelantan pun tak tau wujudnya kedai makan macam ni. Selalunya bila dah viral, baru terhegeh-hegeh nak p makan..hihii. Ok kali ni aku nak share dengan korang Restoran Syakila. Dah lama wujud, cuma aku jer tak pernah nak singgah memandangkan tempat nak parking agak terhad. 



Bila melangkah jer kaki ke dalam kedai makan ni, perkataan pertama yang keluar dari mulut aku 'nak makan apa ?' Terlalu banyak pilihan makanan yang memang buat korang tak tau nak pilih yang mana. Berpusing-pusing jugak dalam kedai untuk ambil menu yang betul-betul nak makan. Kalau ikutkan nafsu, semuanya aku nak makan...ahahhaaaa

Cara makan kat sini, dorang akan bungkus nasi dan korang pilih lauk apa dan bayar di kaunter. Kemudian korang duduk la makan kat kedai ni atau korang tapau bawak balik rumah. tempoh hari, aku datang makan beramai-ramai. Jadi kena mintak pinggan atau mangkuk dengan dorang untuk letak lauk. Dah siap pilih semua makanan, staff sini akan datang kira berapa jumlah makanan yang telah diambil.


Pilihan pencuci mulut pun banyak ...huwaaa. Nak nangis aku tengok makanan kat sini. Semua nak makan. Bukan senang tau nak jumpa makanan ni kat bandar dengan pakej rasa yang sedap. Gambar ni hanya sebahagian jer tau, ada lagi menu lain yang tak sempat aku ambil gambar. Maklumla bila datang ngan anak-anak ni, ada yang duk bergayut kat kaki la..itu laa..ini laa..hahaaa. Hey anak.. ibu kamu blogger okeh, tak menyempat ibu nak bergambar..hihiii.
kredit : Sekadar Berkongsi
Sesiapa yang datang bercuti kat Kelantan, aku cadangkan korang singgah la kedai ni yea. Semua juadah pasti buat korang meleleh air liur. Lokasi Restauran Syakila ni berhadapan dengan Balai Islam, Lundang. Bila dah sampai kat simpang 4 depan Balai Islam ni korang dah boleh nampak kedainya betul-betul tepi jalan raya. Kawasan parking pulak terhad jer, jadi korang kena pandai-pandai la yea atau parking jauh sikit dari kedai ni. Selamat bercuti semua !



Post a Comment

Amanda Suria said... 15/2/18 12:20 PM

Wah bestnya dah ada kat kampung...nampak best tu ha..banyaknya makanan diorang....heaven sungguh kalau ke sini erk..

Kakcik Nur said... 15/2/18 1:49 PM

MasyaAllah...banyaknya jenis makanan untuk dipilih...

Tapi Kelantan memang dikenali sebagai 'syurga' makanan... banyak dan agak murah. :)

najihahfara said... 15/2/18 3:47 PM

banyaknya lauk tak terkira. terliur tengok

noorhaidaz eyda said... 17/2/18 12:29 PM

rambang mata nk pilih makanan mcm ni.. semua nampak sedap

Hans said... 17/2/18 4:27 PM

memang rambang mata lah jawabnya
hahaha

Noriza Abdul Rahman said... 17/2/18 4:36 PM

Syurga makanan sungguh kalau ke Kelantan ni ...

 
Top