6
SHATAVARI Milk Booster Untuk Ibu Menyusu | Seminggu dua ni aku agak sibu kat pejabat. Dengan fail-fail yang dah bertimbun. Semuanya ada dateline yang perlu disiapkan. Seperti tahun sebelum ni jugak, bila dah masuk bulan Mac hingga Mei, aku memang tak menyempat nak singgah blogworking. Mengharapkan korang jer la singgah blog aku. Korang jangan serik singgah blog aku tau, nanti bila aku ada masa terluang aku janji singgah blog korang. Janji ni tau ..hihiii

Beberapa hari ni aku perasan yang susu badan aku mula menyusut. Sedar tak sedar rupanya aku dalam keadaan stress memikirkan kerja. Tengok fail belakang aku tu, secara tak sengaja jadi berserabut. Dalam masa sama, emosi macam ni tak sesuai untuk ibu yang masih lagi menyusukan anak sebab menggangu penghasilan susu. Nak susu meriah, kena jaga emosi, jaga makan dan jaga kesihatan. Semua tu mempengaruhi penghasilan susu. 

Aku pernah cerita perkara yang sama kat korang mengenai Shatavari ni. Kalau korang lupa, meh baca kat sini Shatavari Bantu Penghasilan Susu Badan

Jadi sebelum susu badan aku makin berkurangan, aku angkut jer sebotol ni letak dalam handbag. Nak mengharapkan aku makan kat rumah, memang tak sempat la sebab pepagi otak dah siap sedia untuk uruskan anak-anak. Bila sampai pejabat baru rasa tenang dan waktu tuk fikir diri sendiri. Gituh...heheeee.

Setiap pagi, selepas sarapan aku ambil 1 kapsul Shatavari ni dan waktu malam pula selepas makan, aku ambil 1 kapsul lagi. Sehari aku makan 2 kapsul. Cukup untuk bantu aku merangsang penghasilan susu badan. Ok, dalam botol ni ada 60 kaspul, bermakna boleh bertahan selama sebulan kalau korang memang tak skip pengambilan ni.


APA MENARIKNYA SHATAVARI

Sepanjang aku amalkan Shatavari, perubahan yang paling ketara bila aku buat stok EBM kat pejabat aku nampak 'kepekatan' itu berbeza dari sebelum ni. Dan jumlah simpanan EBM aku sama banyak jer waktu aku berpuasa ganti dengan hari aku tak berpuasa. Susu tetap meriah ! Keseronokan tak terkata bila aku tengok stok EBM setiap hari. Bila anak direct feeding, nampak kepuasan kat wajahnya....anak cepat kenyang. Korang tengok la si Muqri tu, lepas menyusu terus terlentok tidur macam tu jer. Bertuah anak ku.

Kalau korang berminat nak dapatkan Shatavari ni, boleh lawat laman sesawang berikut. Dah ramai yang guna dan bagi feedback positif. Jadi tak heranlah kalau aku katakan produk ni selamat ibu dan anak.

InstagramHimalaya Malaysia




Post a Comment

Noriza Abdul Rahman said... 22/2/18 7:37 PM

Kalau stress memang susu akan drop, so ibu lah kena pandai kawal stress

CikLily Putih said... 23/2/18 10:17 AM

produk himalaya ni harga bole tahan gak ek

Sue Izza said... 23/2/18 11:34 AM

hahahahha kekenyangan ke muqri tu comel la hahaha...shatavari memang menjadi ngan kak sue sampai skrg amalkan.

mas saari said... 23/2/18 12:54 PM

Kita tak sabar sangat nak cuba, nak simpan stok banyak² ni sebelum mula bekerja. Harap Shatavari dapat membantu!

fizafantagirO said... 9/3/18 9:57 AM

Memang best produk ni!

Salina Johari said... 14/3/18 8:35 AM

rugi pada yang menyusu tak try...k.sal berani cakap sebab dah cuba...berbaloi

 
Top