6
Tshirt Muslimah HanaTajuddin | Sebenarnya aku dah lama tak membeli baju-T. Mana yang ada kat dalam almari tu kebayakan baju zaman anak dara. Waktu masih bujang, suka sangat beli baju-T sebab senang nak pakai dengan jeans. Bila dah kahwin ni, koleksi pakaian tu pakai kat rumah jer la. Lagi pun rasa macam makin kecil baju tu walaupun berat badan aku tak naik, masih seperti anak dara gituh...hahahah

Orang kata faktor usia pun menjadi punca kita lebih selesa cari pakaian yang bersesuaian. Bila ada anak. nak memilih baju pun kena hati-hati agar sesuai dengan status mak anak dua..hahahaa



KOLEKSI BASIC TEE 2.0 TEELICIOUS

Baju yang aku gayakan ni daripada HanaTajuddin yang mana dalam kategori Basic Tee 2.0 Teelicious. Bila aku pakai, terserlah keayuan seorang muslimah sejati...hehehe. Kebanyakan koleksi yang dikeluarkan oleh HanaTajuddin memang sesuai untuk korang yang mencari pakaian muslimah. Dalam bergaya, tetap cantik dan kelihatan sopan jer. Bukan senang nak cari baju-T muslimah yang sesuai dengan aku. Dengan saiz badan aku yang comel gini.




Paling aku suka, baju ni tak perlu iron. Haaaaaa.. bila ada anak dua ni, tak ada masa nak iron baju, masa tu emas yea. Bila suami ajak keluar hujung minggu, terus je sarung baju ni.Baju ni pun sesuai untuk pakai kemana saja. Nak beriadah atau nak hadir majlis formal pun boleh dengan padanan yang sesuai. 

Aku suka meterial kain ni. Nampak jer macam tebal, tapi selesa sangat bila pakai. Baju ni pun mampu menutup kekurangan yang ada pada aku. Selesa bila aku dukung anak, tak payah nak fikir baju akan kedut. Anak tarik macam mana pun, baju ni terletak elok jer kat badan aku. Suka sangat !
Pada mulanya aku rasa baju ni macam terlalu labuh sebab saiz badan aku kecil, tapi bila pakai ramai pulak yang puji cantik. Eh ! Cantik ke korang tengok? hahahahaa. Tak terlalu labuh dan tak terlalu besar. Badan aku yang kurus melidi pun nampak lebih berisi sikit la. Korang tengok gambar yang kat atas ni dengan jelas nampak jahitannya sangat kemas.

Kalau korang mencari pakaian yang buat korang nampak sangat muslimah, boleh usha kedai dan website HanaTajuddin. Jujur aku cakap, tak menyesal dapat koleksi dari HanaTajuddin ni.



HANATAJUDDIN
C-23-1, Jalan Serai Wangi L/16L, Sek 16, Alam Avenue 2,
40200 Shah Alam, Selangor.
Telefon : +603-55240841
Waktu Jualan :Setiap Hari | Jam 9.00 pagi - 6.00 petang

Instagram @HanaTajuddin
Facebook HanaTajuddinHT


Post a Comment

azni said... 5/3/18 11:40 AM

elok molek jer baju ni ngan dkna

Lisa Nurulain said... 5/3/18 11:54 AM

cantik je dkna pakai .. aumm mmcm anak dara haha

Hans said... 5/3/18 1:47 PM

bagus tshirt nya
nampak selesa dan memang sesuai untuk muslimah

Izyan Balqis said... 5/3/18 2:42 PM

tshirt hana tajuddin ni memang best, tak rugi kalau ada banyak, sesuai dipakai banyak acara dan waktu

mas saari said... 5/3/18 11:24 PM

Cantiklah, nampak selesa bila dipakai.

Nadia Johari said... 12/5/18 5:29 PM

cantik bajunya..terletak elok je..pakai tshirt gini jalan-jalan..

 
Top