7
Annual Pass Legoland Memang Menarik Assalamualaikum. Hye korang semua... sihat ke ? Aku sibuk sikit kat pejabat sampai terlewat nak cerita kat korang pengalaman aku ke Legoland minggu lepas. Ok, sebenarnya ini trip kali ke-3 aku ke sana...eheheheee. Memang tak pernah jemu dan mungkin akan datang aku pasti bawak anak-anak lagi kesini. Sebab setiap kali aku ke sini, ada jer sesuatu yang menarik untuk diterokai. Jom aku share dengan korang apa yang menarik di Legoland untuk tahun 2018.


Untuk permainan lain, memang banyak nak cerita tapi aku cuba pendekan kisah pengembaraan kami untuk 3 perkara baru yang ada kat Legoland. Pertama mengenai Annual Pass, seterusnya Ninjago The Ride dan akhir sekali VR Coster. 

Annual Pass Legoland

Sebelum aku share gambar bebanyak dan bebel banyak, aku nak maklum kat korang bahawa pihak Legoland dengan berbesar hati menawarkan Annual Pass  dengan harga RM 199 untuk korang berada didalam themepark ! Harga lebih jimat dari sebelum ni. Haaaaa..murahla bila ditawarkan dengan pakej macam ni. Korang boleh masuk seberapa banyak kali dalam setahun. Bermakna, bila korang ada annual pass, nak datang setiap hari pun boleh...haaaa gitew. 

Ok, harga yang ditawarkan ini sama untuk semua golongan dewasa atau kanak-kanak mahupun golongan warga emas. 

Jangan tak sedar, bila korang dapatkan annual pass ni secara tak langsung korang berpeluang untuk menang sebuah kereta Almera. Haaaaa... Kat depan pintu masuk tu dah boleh Nampak sebuah kereta yang gah dipamerkan kat situ. Mau tak meleleh air liur tengok kereta free dengan mata ...hihiii. Kalau rezeki, boleh bawak balik kereta dari Johor..gitu. Ok, terma dan syarat lain korang boleh baca kat SINI.

NINJAGO THE RIDE

Horeeeeeeyyy.. ada permainan baru kat sini, Ninjago The Ride. Bestnya aku satu family boleh masuk dalam ni sama-sama. Memula aku ingat si Muqri tak boleh masuk sebab factor usia tapi staff maklum kalau anak boleh duduk sendiri atas kerusi, ok jer nak masuk. Heheheeeee..



Kat dalam ni korang akan main permainan 4D. Bermakna korang kena pakai spek la baru Nampak dengan jelas kartun lego kat dalam tu. Memula si abanglong ni tak nak pakai spek, rimas agaknya. Lepas tu, bila dah roller coster tu bergerak dan aku pakaikan spek kemain teruja dia. Si adiknya...hahaa. yang ni aku kesian sebab dia terkejut dengan sound kat dalam tu. Tapi tak nangis pun cuma dia bangun dan tengok kartun kiri kanan.

Memang real kartun ni dengan sound yang best. Abang long tak puas main, mengamuk dia lepas keluar tu. Katanya tak puas tembak ‘hantu’ ....hahhaa .. lego tu nak, bukan hantu. Abi dia ikutkan saja kehendak anak, beratur lagi sekali sebab nak tembak hantu sampai mati. Hahahaaaa.. Bila anak dah puas main, baru boleh main permainan lain.

LEGOLAND VR COSTER

Permainan ni paling best dan mencabar sebab ia merupakan visual 4D. Sangat rugi kalau korang tak cuba. Korang akan menjerit la bila berada kat sini. Tapi sayangnya aku tak dapat naik sebab anak-anak dah mula meragam. Yea laaaa.. penat seharian perjalanan dan bila dah masuk sini macam-macam dorang dah main.

Mampu tengok dari kejauhan je kawan-kawan mula menjerit-jerit kat atas. Haaaa.. rasa nak maki pun yea gak. Seronok eh korang main macam tak ada anak bini yea..kikiii. tengok la gambar si budak lan dengan ujang tu haaaa. Ok, aku bagi kredit lancareno.com, nanti korang usha blog dia baca pengalaman dia naik VR. 



Terima kasih buat Kelab Blogger Ben Ashaari kerana bagi peluang ni untuk kami eratkan silatulrahim bukan dialam maya sahaja tapi dunia realiti. Lokasi seterusnya, tunggu AJK umum kat mana lak kami akan berkumpul...heheeeee




Post a Comment

Lan Careno said... 12/4/18 8:30 AM

Aku excited giler g legoland kali ni sbb cuaca tak panas terik mcm sblm2 ni.. Puas main mcm2...

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO said... 12/4/18 10:29 AM

Sehari suntuk kat dalam ni pun tak puas.. Tambah pulak bila anak-anak dah boleh enjoy permainan yang ada...

fizafantagirO said... 12/4/18 3:42 PM

Seronok tengok. Anak2 pun kemain happy

ina said... 13/4/18 9:33 AM

silap-silap,anak-anak pon tamau balik ni..ehehehe

qaseh dalia said... 13/4/18 2:12 PM

Xsempat nak jmpa

Lisa Nurulain said... 13/4/18 7:47 PM

murah weih kalau 199 je . sebab boleh masuk legoland banyak kaliiii

Nadia Johari said... 12/5/18 5:27 PM

kita baru dua kali kot..memng best la kalau dapat annual pass tu oii..puas hati gitu..

 
Top