5
Brownies Murah dan Sedap Sekitar Putrajaya, Bangi, Kajang |  Assalamualaikum. Apa khabar semua? Allahu..lama giler tak update blog. Sibuk yang amat. Masuk pejabat, selesai urusan kat pejabat lepas tu bila dah balik rumah, jangan harap dapat melayan blog. Setakat wasap tu boleh la layan sambil main ngan anak.

Baru tau sibuknya diri bila dah ada 2 orang anak. Haiiiiii.. macam mana nak tambah anak lagi? Rasa macam tak sempat je nak uruskan semua...Tapi aku sempat jer baking brownies untuk customer yang suka makan coklat. Haaaaa... meh sini nak share dengan korang yea antara koleksi yang aku dah buat untuk pelanggan Dapur Addin. Cepat follow !! Paksa ni tau...hihiii


Haaa.. tergoda tak ? Meleleh tak air liur korang ni? Ermmmm..nyummmyyy. Siapa peminat brownies wajib cuba brownis cumi-cumi dari Dapur Addin. Pasti tak menyesal sebab rasanya memang sedap dan mewah dengan rasa coklat premium. Bukan sebarang bahan yang digunakan yea. Kalau buka kotak tu, dah boleh hidu bau harumnyaaaaa brownies cumi-cumi. yeaaaahhh !!

Ok, yang ini pulak koleksi untuk saiz comel jer. Kalau korang nak makan berdua ngan pasangan, boleh ambil hat kecik comey lotey ni jer. Tak ada la membazir atau termuak nak habiskan. Kalau ada anak ramai atau nak buat jamuan kat pejabat, tak boleh ambil saiz ni tau tapi boleh buat macam ni dengan saiz besar. Best kan sebab banyak pilihan.

Kalau nak tanya bab harga ni, memang panjang lebar aku nak cerita sebab macam-macam harga bergantung pada permintaan pelanggan. Paling senang, pelanggan terus bagitau aku tentang bajet dan aku boleh cadangkan kat dorang topping apa yang sesuai dengan bajet dorang. Ok, ringkasnya harga aku list kat bawah sebagai rujukan.

Harga Brownie Cumi-cumi.

Saiz 8 RM 30 (Plain)
Saiz 10 RM 40 (Plain)
Saiz 5 RM 25
Saiz Bujang RM 28

Tempahan : http://www.wasap.my/60172217636/Oder-Brownies-Cumi
Instagram : instagram.com/dapur_addin

Ada yang tempah brownies cumi-cumi ni tuk surprise kan orang tersayang. Jadi dalam masa sama aku jadi surprise planner hahahaha. Masa delivery terhad tau sebab aku kerja, jadi nak hantar tu biasanya waktu lunch hour atau lepas waktu kerja. Nak datang pick up pun boleh. Kalau nak tanya soalan, boleh tekan link wasap kat atas tu yea. Jangan segan silu okeh.


Post a Comment

mas saari said... 5/4/18 10:48 AM

Nanti nak order jugak untuk besday anak², dekat je senang!

Julia Johari said... 5/4/18 1:14 PM

Murahnya! Tapi jauh nak order dari Putrajaya tu dkna...semoga berjaya ye...kerlas deco brownies aummmmm

Lisa Nurulain said... 5/4/18 6:40 PM

comelnya ada mata2 tu .. menarik

JMR said... 6/4/18 9:29 AM

Wah menarik hasil drp Dapur Addin ni..nampak sedap woo..kl dekat, tiap2 bulan order ni..

Nadia Johari said... 12/5/18 5:27 PM

wah..menarik dia buat..pandai dah..hehhe..bagus2

 
Top