3
Berbuka Puasa Anjuran Mcdonald's Malaysia| Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga dengan team KBBA semalam dapat berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dan asnaf anjuran McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Perdatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Dalam majlis ini, pihak McDonald telah meraikan lebih dari 500 anak-anak yang terdiri dari 12 buah rumah kebajikan di Selangor. Setiap rumah kebajikan ini menerima sumbangan RM 10,000 dari RMHC. Anak-anak pula menerima duit raya RM 20 dan tambahan lagi RM 20 dari sumbangan peribadi. Harap anak-anak ni seronok dengan jumlah sumbangan tersebut. 



Antara rumah kebajikan yang menerima sumbangan semalam ialah :

  1. Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakun (PEKEAS), Rawang.
  2. Badan Kebajikan Siti Khadijah Anak Yatim Selangor, Petaling Jaya.
  3. Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah, Klang.
  4. Rumah Amal Baitul Kasih/Baitul Fitrah, Rawang.
  5. Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah, Klang.
  6. Persatuan Kebajikan Anak Yatim Damai Kuang, Kuang.
  7. Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting.
  8.  Rahoma Darul Fakir, Subang.
  9. Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh.
  10. Rumah Anak-anak Yatim An-Nasuha, Batu Caves.
  11. Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al-Hijrah, Hulu Langat.
  12. Pusat Jagaan Siraman Kasih, Rawang




Dalam masa yang sama, McDonald's memperkenalkan Nasi McD yang merupakan menu baru sepanjang bulan ramadan sahaja. Haaaaa.. Korang wajib cuba menu ni tau. 


Aktiviti diteruskan dengan jamuan ringan selepas azan Maghrib dan solat berjemaah. Kemudian kami dijamu dengan makanan yang sedap..hihii. Makan sampai kenyang. Nasi McD pun diberi untuk setiap media yang hadir. Semalam, abanglong hampir hampirkan 1 pack Nasi McD ni. Sedap ! 



McDonald's memaklumkan sejak tahun 2016 lagi lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan telah dijalankan bersama-sama komuniti setempat di restorans McDonald's. Malah, tahun lepas pihak mereka telah membayar zakat sebanyak RM 1 juta. 

Diharap pihak McDonald’s Malaysia dapat meneruskan program-program macam ni lagi untuk tahun akan datang yang membawa manfaat untuk semua. InshaAllah. 


Post a Comment

Salina Johari said... 21/5/18 9:32 AM

Terbaik McD !! Ramadan .. bulan yang penuh keberkatan dan peluang yang ada digunakan sebaik mungkin untuk berkongsi rezeki . Syukur Alhamdulillah

mas saari said... 21/5/18 10:52 AM

Terbaik, moga program camni diteruskan!

Siti Yang Menaip said... 22/5/18 5:55 PM

tak dapat rasa lagi nasi lemak mekdi.. nanti cuba =D

 
Top