0
Bulan Mei, Bulan Meraikan Orang Yang Disayangi | Tahun 2018, bulan Mei ni aku sambut hari kelahiran untuk 3 orang teruna dalam hidup aku. Berturutan hari lahir mereka bertiga ni. Bermula dengan suami, abang long dan adik Muqri. Macam dirancang elok jer birthday dorang..hahahaaa.

Susunan pun cantik lak tu. Tarikh 5, 10 dan 15 Mei. Selang 5 hari untuk aku ingat. Senang cerita, sambut jer bersekali. Tak ada kejutan apa pun untuk suami. Aku cakap terus terang ajak suami dan anak-anak keluar makan jer...hahahaa. Tak yah nak sweet lelebih lah. Tu pun dah cukup memadai untuk kami sekeluarga. Lagipun anak masih kecik, tak pandai nak mintak hadiah memacam heheheee..



Cuma aku kotakan janji dengan abang long yang nak kek ultraman untuk potong kat taskanya. Dah lama dia 'terliur' tengok kawan-kawan potong kek. Tapi aku pending sampailah jumpa bulan Mei...hahahaaa. Kesian abang long, tapi dia faham. Bila dapat kek yang diminta, aku nampak muka dia teruja sangat sampai tak terkata.


Gambar ihsan dari cikgu kelas. Seronok bila kawan-kawan nyanyi ramai-ramai. Doorgift tu, aku buat sendiri khas untuk abang long. Dalam tu ada muffin dan air vitagen. Ok la untuk bagi kat kawan-kawan. Aku cuba elakan bagi makanan ringan sebab tak semua ibu ayah suka anak dia dapat makanan macam tu. Untuk koleksi lain, boleh lah tengok kat instagram.com/dapur_addin


Penutup bulan Mei ni dengan adik Muqri. Aku sempat buat bundt cake kat rumah. Makan jer la kami 4 beranak...hahahaa. Ok lah adik, kecik lagi nak demand kek macam abang long. Nampak gayanya, aku tak ada peneman pakai lipstik lagi untuk kali ni. Semua dalam rumah aku, peneman main bola dengan abi dia jer. Doa-doakanlah akan datang, yang bakal hadir bukan dari bulan Mei lagi dan gender pun berlainan...hehehee


Post a Comment

 
Top