5
Buli Siber Perlu Dibendung Sape pernah kena buli ? Biasanya zaman sekolah memang tak sah kalau tak ada kes buli. Korang jadi mangsa buli? Atau korang yang pembuli? Ok..sekarang ni kat socmed pun ada kes buli. Macam mana dorang buli kat socmed ? Korang pernah baca sebaran isu² palsu dan tak sahih. Ini salah satu contoh cyber bullying. Nampak macam biasa² jer kan tapi perkara ni boleh mengundang bahaya dan mengancam keselamatan.

Kenapa aku cakap boleh mengancam keselamatan? Haaaa.. Ok contoh yang paling mudah dan baru jer terjadi beberapa hari lepas. Musim PRU yang masih lagi hangat diperkatakan. Macam-macam cerita tersebar. Korang sedar atau tidak, berita yang tak betul dan belum sahih itu boleh mengancam keselamatan negara ketika itu. 

Kadang, aku pun tak sedar terkongsi berita yang tak sahih. Tapi tidaklah sampai ke media luar. Hanya kongsi dalam group whatsapp adik beradik, teman sekerja dan kawan-kawan rapat sahaja. Aplikasi whatsapp ni lebih laju untuk sebar perkara macam ni. Fuh ! Sekelip mata jer tau.



Ok. sekarang ni ada kempen 'Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu' di media sosial. Kenapa perlu ada kempen macam ni? Haaaaa.. sebab salah satunya kempen tersebut dibuat bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya penyebaran berita palsu dan fitnah yang dilihat semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Andai kata berita palsu ni boleh menggugat keselamatan negara, macam mana? Haaaaaaa... Ish... aku sendiri tak boleh nak fikir sesetengah orang yang suka 'create' isu macam ni. 

Untuk makluman korang, buli siber ialah satu jenayah dan masalah serius dalam kalangan remaja dan tidak harus diambil ringan. Pembuli boleh dihukum di bawah Akta Jenayah Komputer, Kod Penal atau Akta Juvenil, bergantung kepada sifat atau keterukan kes. 

Cara nak bantu kurangkan buli siber ni, korang perlu ada rasa tanggungjawan dalam diri sendiri terdahulu supaya tak sebar perkara yang belum pasti. Andai kata ada orang yang disekeliling kita sebarkan benda yang belum pasti, boleh jer nak tegur secara berkhemah. Tegur jangan sampai menghina...gitu ! 

Apa yang penting, kena fikir dahulu sebelum menghantar apa-apa info dalam sosial media. Jangan disebabkan info yang salah itu berpunca dari sharing diri sendiri. Menyesal beb !

Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh menjadikan dunia ini tempat yang betul-betul selamat untuk anak-anak, tetapi kita harus cuba sedaya upaya untuk sentiasa bersama mereka bagi memberi kaunseling, ketenangan dan keselamatan. Pendidikan dan kesedaran sangat penting untuk memastikan anak anda tidak menjadi mangsa ancaman buli siber.

Ok... best pulak layan video dari Joe Flizzow ni. Nah ! Ni link youtube untuk korang tonton bersama https://lnk.to/Bersamamu




Post a Comment

Sis Lin said... 16/5/18 2:25 PM

JOmm banteras pembuli siber !!!

Rujukan Niaga said... 16/5/18 3:36 PM

Jom banteras buli siber...sebarkan..

spotify web player said... 16/5/18 3:40 PM

Interesting post! This is really helpful for me. I like it! Thanks for sharing!

Sue Izza said... 16/5/18 4:29 PM

semak ngan orang suka buli emosi tau huhuuu

 
Top