2
Hidangan Berbuka Puasa Paling Murah | RAMADA KLCC |  Ya ampun... Bizi kemain aku kat pejabat sampai tak sempat nak update ngn korang lokasi berbuka puasa aku minggu lepas. Ok, siapa yang follow ig dan facebook aku mesti ingat lagi gambar aku pegang set nasi kerabu ni. .heheeee.. 

RAMADA KLCC

Haaaa.. Meh sini nak cerita. Minggu lepas aku berbuka kat Ramada KLCC. Korang jangan tanya aku kat mana, sebab aku ke sana pun guna waze jer..hihiii.. Alih² dah sampai depan Hotel Ramada ni. Senang jer nak cari, dekat tengah bandar KL.


HIDANGAN BERBUKA PUASA DI RAMADA KLCC

Ok, selalunya kalau korang berbuka puasa pasti dihidangkan dengan buffet kan .Kali ni, kat Ramada KLCC ada kelainan sebab dorang sediakan set makanan dengan harga serendah RM 25. Bagi aku, set macam ni lebih jimat. Maklumla bulan puasa ni, makan tak banyak mana pun. 





Ok, yang ni antara hidangan yang disediakan kat sana. Korang boleh pilih mana-mana set yang korang nak. Untuk set macam ni valid dari 17 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018 dari pukul 6 petang hingga 8 malam jer tau.

Nak lebih jelas mengenai set makanan ni, korang boleh tengok gambar menu. Ada pilihan dessert dan juga air. 

Kalau korang ke sana, jangan lupa ambil set udang tu yea. Serius memang sedap giler. Berbaloi tau dengan udangnya yang besar..hihii. tempat ni pun ala-ala romantik gitu. Kalau pasangan yang baru kahwin, macam sweet jer berbuka berdua kat sini. Bagi yang ada anak, tempat makan ni pun sesuai dan selesa untuk anak-anak.

Untuk keterangan lain, boleh hubungi pihak Ramada KLCC seperti detail kat bawah.

Tempahan : 03-23869288 xet 9218
Email : reservations@ramadaklcc.com
Alamat : No 1,Lorong Ceylon,Bukit Ceylon,50200 Kuala Lumpur,
Waze : Ramada Suites

Post a Comment

Sis Lin said... 27/5/18 12:26 PM

Terujanyaa nengok menu dia..wowwww

Que Achmad said... 28/5/18 12:19 PM

sedapnya menu dia

 
Top