4
Mont Cabana Minyak Wangi Premium | Sebenarnya antara aku dengan suami, dia lebih suka bau-bauan ni. Kalau nak keluar pergi kedai beli roti pun, dia akan spray minyak wangi kat badan. Ya ampun... kadang tu, aku geram gak la sebab bukan kemana pun tapi wangi kemain. Selalunya aku tanya soalan perli 'nak pergi jauh sangat ke pakai wangi camni' heheheheeee.

Tapi disebabkan abam Zul Ariffin ni, aku rasa tertarik nak bagi info untuk peminat wangian macam suami aku dan korang. Haaaaaaa.. tengok gambar abam Zul pun dah bau wangi ! gituewwwww...kikiii


MONT CABANA

Untuk makluman korang, minyak wangi ni merupakan minyak wangi premium. Dalam bahasa mudah, orang kata minyak wangi orang kaya-kaya...hehehee. Sebab apa ?Salah satunya, ia bukan inspired perfume biasa, wangian pula diblend sendiri dan ada kilang sendiri. Haaaa.. bukan cilok orang lain punya okeh.

Paling best, setiap keluaran akan digandingkan dengan artis tempatan atau public figure. Setiap keluaran pulak ada signature artis tersebut. Contoh keluaran kali ni ada abam Zul yang kacak ! Packaging pun menarik dan menampakan kemewahan pada minyak wangi ni. Nak dijadikan hantaran pun sangat sesuai. Haaaa.. sesapa nak kahwin dalam masa terdekat, boleh shortlistkan Mont Cabana ni yea.







MONT CABANA PILIHAN YANG MENARIK

Mont Cabana ni mula dijual pada awal Mei 2018 selepas soft launch. Korang boleh buat pembelian secara dalam talian kat website ni www.montcabana.my/shop . Bagi tahun 2018 jer, ada 24 jenis bauan untuk lelaki dan wanita yang boleh buat korang tak tidur malam. Haaaaaa..sampai tak tidur malam yea sebab minyak wangi ni tahan selama 60 jam ! 60 jam ! 

Permulaan bagi wangian ini dalam kategori Eau De Parfum (EDP) dan akan datang dalam keluan PARFUM. Seperti yang aku maklum tadi, Mont Cabana ni akan dikeluarkan secara berperingkat. Bulan Mei dah keluar satu wangian dan akan datang seperti jadual kat bawah ni :

Siri kedua : Mont Cabana 3-6 Jun
Siri ketiga : Mont Cabana 7-10 Julai
Siri keempat : Mont Cabana 11-14 Ogos



APA YANG MONTCABANA.MY TAWARKAN


  • Pos ke seluruh Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia.
  • Team di Seluruh Malaysia beropeasi untuk Cash On Delivery. Penghantaran terus ke rumah atau pejabat. 
  • Montcabana.My dah berpengalaman lebih 10 tahun dalam menguruskan bisnes online, jadi korang perlu takut barang order akan sampai dengan selamat dan pihak mereka bertanggungjawab diatas apa yang berlaku semasa penghantaran.
  • Pembayaran secara kad kredit, bank transfer, debit card dan lain2 di website.


Untuk maklumat lain, korang boleh terus ke lawan rasmi Mont Cabana

Website : https://montcabana.my
Whatsapp : 012-3377045
Instagram : instagram.com/montcabana.my
Facebook : Mont Cabana MY

Post a Comment

Siti Yang Menaip said... 22/5/18 5:53 PM

ehehehe perfum abam julripin laaa wow..

Sue Izza said... 23/5/18 4:25 PM

heloknyaaa model ehhhhh hahahha rasa nak beli la sepasang minyak wangi ni.

Salina Johari said... 24/5/18 11:40 AM

raya ni berwangian la kita...leh jalan-jalan lama sikit..huhuhu

شركة المثالية said... 7/6/18 5:06 AM


شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر

 
Top