3
Kali Pertama Masuk Wad Dan Operation |  Kalau ikutkan hati, aku tak nak kongsi kisah ni tapi sebagai kenangan anak-anak nanti, aku gagahkan jugak taip kat blog. Sedih bila tengok anak kena tahan wad sebab sepanjang usia abang long, tak pernah sekali pun dia kena tahan kat wad. Setakat demam biasa tu, memang selalu la.

Alkisahnya disebabkan gigi yang rosak. Punca dari botol susu yang dia gongong setiap malam. Tak lepas botol susu..aduiii.. Lama aku ambil masa untuk elakan dari abang long gongong botol. tapi apakan daya, gigi tetap rosak.


Sekarang, abang long dah tak minum susu botol atau orang kata dah putus susu sejak bulan lepas lagi. Alhamdulilah. Lega ! Tapi untuk pembedahan cabut gigi yang rosak kena teruskan jugak sebelum gusi dia berdarah atau bernanah. Lagi kesian kat anak. 

Sebelum warded, aku terangkan secara ringkasnya supaya dia faham kenapa dia kena tinggal dalam hospital. Macam-macam alasan dia bagi. Yea laaa.. budak tak pernah masuk wad...hahahaa. Abi dia jer peneman kat wad sebab aku tak boleh tinggalkan si adik yang masih menyusu badan. 

Malam sebelum operation, abang long kena puasa lebih kurang 6 jam. tapi boleh minum air masak. Dapat giliran nombor 2 untuk masuk bilik bedah. Tak lama sangatla kena menunggu. tapi dalam bilik bedah tu ambil masa 4 jam baru keluar. Allahuaaa..aku duduk kat luar ni hanya Allah jer tau apa perasaan waktu tu. gelisah !

Ubat bius yang doktor bagi kat abanglong tu ambil masa 2 jam ... 2 jam untuk dia tidur. Mana taknya, nak pujuk dia sedut gas tu memang kena kental. Haaaa... yang ni suami aku jer cerita sebab dia masuk bilik OT. Patutla lama...hahaha. Kalau ikutkan masa yang tepat, lebih kurang 1 hingga 2 jam je untuk cabut gigi yang rosak tu.

Dah selesai semua, doktor kejutkan abanglong untuk hantar ke wad. Alhamdulilah.. dia nampak ok sebab kesan ubat bius tu hilangkan rasa sakit. Asyik cakap ngantok jer..ehhehe. Lepas doktor datang periksa, abang long dah boleh keluar wad cuma dalam masa seminggu ni kena bagi makanan yang lembut dan sejuk. Bagi aiskrim lagi bagus sebab boleh bantu kecutkan gusi tu.


Suami pula balik rumah ambil si adik. Rindu betul adik dengan abang ni. Masing-masing tengok sesama sendiri. Malu-malu gituh! Bila abang long sapa 'adik', terus jer adik happy semacam..hahahaaa. 

Cuma masalah sekarang, abang long tak makan apa-apa lagi sejak keluar bilik OT. AKu dah risau ni. Pujuk dia ... Cuma minum air jer. Waktu ni lah cabaran sebenar nak jaga anak yang tak sihat. Korang doa-doakan agar abang long cepat sihat. Next week dah nak raya, boleh makan dodol pun jadi la..hehehe


Post a Comment

Amanda Suria said... 6/6/18 2:05 PM

Laaaa..x tau pun si abg long ni masuk ward..apapun dah selamat kan..semoga abg long terus sihat..serik ke dia nak guna botol susu dah..

Izyan Balqis said... 7/6/18 9:30 AM

moga cepat sembuh abg long, tengok gambar dekat IG dan FB pun rasa Ya Allah, kesian, darah tak berenti mengalir keluar. huhu/.

anak IQ pun asyik gonggong botol susu malam2. risau jadi benda yang sama

Sis Lin said... 8/6/18 2:30 PM

Siannyaa dia..moga cepat sembuh yaa.. kena paksa gak makan tu, kang jadi gastrik plak kalau tak makan..

 
Top