4
Farm In The City Seri Kembangan Sangat Best ! haiii.. dah lama peram cerita ni kat draff. Gambar pun dah bercampur aduk. Nampak sangat blog aku makin sendu sejak jadi mak anak 2 ni haaaa...hihiii. Memandangkan minggu ni cuti panjang, jadi aku nak share dengan korang lokasi menarik untuk korang bawak anak-anak berjalan. Jom kita ke Farm In The City, Seri Kembangan (FITC). dekat jer dengan Putrajaya. Korang dari mana? 




Aku pernah bawak abang long datang FITC waktu dia kecik dulu, baya Muqri kalau tak silap. Waktu tu FITC baru jer buka, ramai lagi yang tak tau wujudnya FITC ni. Haiwan yang ada masa tu pun tak banyak sangat. Tapi yang mengejutkan aku kali ni, memang sangat-sangat menarik dan puas hati bila bawak anak ke sini.

Opkos la haiwan tu makin banyak dan anak pun seronok bila dapat pegang macam-macam jenis haiwan. Biasanya tengok dalam tv jer ayam, burung, ular, ikan dan lain-lain. Tapi bila tengok depan mata, mau lompat bintang si anak. Adik Muqri pulak tak ada perasaan. Kecik lagi kan...heheheee


Kat sini, korang boleh bagi ikan makan. Abang long bagi ikan makan, lepas tu si adik pulak gelak-gelak sebab tengok ikan melompat-lompat. Ikan besar-besar oooiii. Aku pun takut nak bagi makan sebab terbayang ikan tu melompat gigit jari ni haaaa.. Tinggi sungguh imaginasi aku..kikii. Korang boleh beli makanan kat mesin token yang disediakan kat tepi tu jer. Aku lupa nak snap gambar mesin..hehehe. 

Arnab yang jinak... tapi sayang, arnab ni dah kenyang sangat jadi dia tak layan sangat abang long dan adik hulur makanan. Main-main manja jer si arnab ni. Abang long pun pandai mintak nak pegang arnab. Berani dah dia ! Kat sini pun ada longkang ikan. Tak perlu token, foc jer untuk anak-anak dan mak bapak sekali nak mancing. Cuba teka abang long pancing ikan ke tak?



Korang kenal tak haiwan apa ni? Bukan rusa tau...bukan unta..hehehe. Ok, ni Alpaca yang masuk tv tempoh hari. Korang nak jumpa si Alpaca ni, boleh datang FITC yea sebab spesis ni tak akan jumpa kat tempat lain. Cari kat Zoo Negara pun tak ada. Sangat-sangat special spesis ni selain tinggal di temoat sejuk pada suhu 24 darjah celcius. FITC sejuk ke? Haaa.. tak sejuk tapi ada aircond yea kat kandang ni. Hamboiii selesa sangat ko si Alpaca.

Tempat terakhir untuk abang long berseronok ! horey... dapat naik poney. Memula abang long takut nak naik tapi bila kawan-kawan lain dah mula ride poney, dia pun nak jugak. Sekali ride, RM 7. Kat sini pun korang kena beli token untuk naik poney. Budak-budak yang nak naik poney kena ukur tinggi lebih dari 90cm sahaja dibenarkan naik. Kalau kecik macam si Muqri, hanya mampu memekik jer panggil abang long dari jauh. Kesian adik ! Nanti adik besar, kita datang lagi yea.

Sebelum balik, wajib bergambar kat sini. Inilah geng yang serbu FITC tempoh hari. Meriah giler. Mak bapak sama-sama seronok dapat tengok haiwan. Kalau korang nak seronok macam kami, cepat-cepat serbu FITC minggu ni. TQVM rakan blogger dan FITC untuk tajan lokasi yang menarik ni. 


Farm In The City
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Sri Kembangan,
Selangor.
Tel : 03 – 8941 2099/3099
Facebook : Farm In The City



Post a Comment

Sis Lin said... 28/8/18 5:42 PM

Tempat macam ni, kalau takde anak pun boleh pergi kann, lagi kalau yang pencinta haiwan macam Mia tu ..
Nanti nak bawak juga si Mia tu ke sini laaa,mesti dia suka..

najwa zahid said... 28/8/18 7:00 PM

paling sesuai bawak kanak-kanak sebab boleh dekat dengan haiwan

https://najwazahid94.blogspot.com/

Hazmin Hamudin said... 5/9/18 9:43 PM

Meriah dengan binatang jugak Farm in the City ni ye. Budak2 pun boleh pegang binatang.

Mellya Musa said... 22/9/18 4:38 PM

Teringin nak p sini.. hehe mcm best.. salam kenal, done follow
mellyacrayola.blogspot.com

 
Top