2
MERDEKA Untuk Anak-anak | Dah masuk bulan September. Rasa macam baru semalam aku dengan anak-anak sambut Hari Merdeka ke 61 kat Putrajaya ni. Tertangguh pulak story nak share ngan korang. Ok, sebenarnya banyak giler story aku pending. Sejak² ada anak nombor 2 ni, makin tak ada masa untuk membawang dalam blog sendiri. Tambahan lagi, aku makin aktif ambil tempahan beberapa jenis dessert. 

Ok.. Sambung balik part sambut merdeka ngan anak. Sebenarnya suami aku terlibat dengan perbarisan tempoh hari. Aku dengan anak² berdikari kat rumah lebih kurang 2 minggu. Tabah jer la sepanjang tempoh tu. Nasib baik anak² pun faham abi dia tak ada kat rumah, jadi mood dorang sangat² baik sepanjang abi dia jalani latihan kawad kat PD. 


Pada mulanya, aku malas nak bawak anak² tengok perbarisan tapi bila tengok rakan² blogget lain semangat kental bawak anak masing², aku pun tumpang semangat dorang. Gigih seawal pukul 6.30 pagi aku dengan anak² dah ada kat parking Masjid Besi..hehehe.  Abanglong paling teruja sebab aku cakap kat dia, nak tengok abi "kiri kanan" kena bangun awal.

Menapak boleh kira jauh jugak la nak ke depan POJ tu .Si adik pulak, bila orang ramai dia tak nak berjalan. Huwaaaaa.. Terpaksa la dukung dia dan pimpin tangan abanglong. Dalam hati tak putus² doa supaya anak tak hilang. Risau, cuak semua ada. Tapi tetap semangat nak bagi pengalaman dan semangat kat suami yang kema kawad. Abi dia kemain la seronok bila tau aku bawak anak² ke sana. Siap pesan, suruh duduk depan sekali. Tapi korang faham² la..aku nak menyelit dengan anak² ni agak sukar. Cuma dapat duduk tempat selesa dan nampak jugak perbarisan tu. 

Anak² pulak seronok bila kibar bendera. Dengar pulak lagu yang membakar semangat. Tengok orang ramai kibar bendera, dorang pun kibar jugak. Tapi part paling kesian, bila mula jer berbarisan, orang depan aku mula bangun. Dah hilang pemandangan. Abanglong pulak tanya mana abi. Aduiii.. Sedih giler aku waktu tu. Nak dukung abanglong, adik pulak nak letak mana. 

Dah nak sampai ke penghujung program, aku mula beransur balik. Anak² pun dah mula meragam. Si adik ni dah tak tahan mata, nak tidur. Sangkut jammed hampir sejam kat situ...hahaa. kalau aku jalan kaki dari rumah, rasanya dah boleh tidur dari duk melayan jammed. 

Apa pun, ni pengalaman pertama tuk abanglong tengok perbarisan depan mata. Adik...ermm tengok orang lalu lalang. Dengar lagu, dia goyang² kepala..goyang badan. InshaAllah, tahun depan pergi satu keluarga yea. Doakan abi tak terlibat lagi dengan kawad merdeka..hehee


Post a Comment

careno said... 12/9/18 9:29 AM

Tahun dpn abi tak terlibat kawad tp ko lak terlibat kawad, wakil blogger. Gitteww...

Hazmin Hamudin said... 13/9/18 3:25 PM

Fuh.. Gigih ni. Tapi memang kena pergi bawak anak2. Biar rasa pengalaman perbarisan hari kebangsaan tu.

 
Top