3
Basque Burnt Cheesecake Putrajaya | Ya ampun.. rupanya ramai jugak peminat cheesecake yea. Aku pun minat makan apa-apa jenis kek yang ada cheese. Suami dan abang long pun suka cuma di adik belum menampakkan lagi kesukaan dia kearah mana. Kalau bagi dessert, macam kurang berminat jer. Tapi abang long...ermm.. pantang nampak apa jenis dessert yang aku buat untuk customer, dia mesti mintak untuk makan. Oh anak... sebab anak jugaklah aku terjebak dengan dunia baking.

Sebelum aku nak jual apa-apa jenis dessert kat Dapur Addin, aku akan pastikan aku yakin untuk jual kat customer. Walaupun dah tau resepi dan cara untuk baking, aku tetap masuk kelas untuk buat dessert ni. Sebarang tip dan teknik dari cikgu tu penting untuk dalam setiap jenis dessert. Jangan harapkan resepi dari google jer, menjadi tu tetap menjadi tu mesti ada something yang 'kurang'. Sebab tip tu tersembunyi.


Kali ini Dapur Addin memperkenalkan produk baru. Ceh ! bangga pulak rasanya bila dapat tambah koleksi dessert ni. Dari tak pandai baking sehingga aku mampu untuk jadi part time baker. Hug untuk semua customer-customer yang pernah beli dan akan beli dessert dari Dapur Addin. 

Basque Burnt Cheesecake (BBC) dari Dapur Addin untuk korang semua. Korang peminat cheesecake? Haaa.. Wajib cuba tau sebab BBC ni bukan sebarang Cheesecake yang korang selalu makan tu. Rasa padat cheese dalam setiap gigitan tu boleh buat korang pejam mata tau. Ya ampun sedap wey ! Nampak hitam legam tapi orang kata hitam-hitam sitompok manis, makin hitam manis sedap yea. Nak makan pun ada tipsnya jugak. Pastikan korang chillkan dulu selama lebih kurang 30 minit kemudian rasailah kenikmatan BBC dari bahan-bahan premium.

Pilihan ditangan korang. Pilih yang mana? Kiri atau kanan? Lain-lain info mengenai dessert dari Dapur Addin, korang boleh tengok kat IG yea. Kat bawah ni aku sertakan link, jadi korang hanya perlu klik je. Jangan lupa doakan aku semakan berjaya dalam dunia baking walaupun hanya part time. TQVM korang yang selalu support.

HARGA BBC (Saiz 6)

Plain RM 45 (+- 500g)
Strawberi RM 55 (+-520g)


Instagram : @dapur_addin
Whatsapp : http://www.wasap.my/+60172217636/
Lokasi : Putrajaya dan kawasan berhampiran (delivery ada caj)
Feedback : Customer Dapur Addin




Post a Comment

Putery Memory said... 11/10/18 6:04 PM

Ehhh murah. Nampak pun sedapppp . Aduhhhhh akakkkk T_T

Juls Julie80 said... 12/10/18 11:23 AM

salam ziarah & follow sini..

wahhh sedapnya..aritu ade jugak jiran jual tp blm kesempatan nak try lagi..skrg tgh tahan diri cut sugar... ekekek

btw, jemput singgah blog kite yer sis http://julsjulie80.blogspot.com

Kak Mahh said... 16/10/18 2:53 PM

Bila lah saya dapat rasa makan yang sedap ini. Harap ada cod ke Sabah.

 
Top