7
Nasi Bamboo Sungai Klah Biasa-Biasa Jer Wak ! Haippp... tengok  tajuk macam gempak jer cerita yang nak share dengan korang ni..hehee. Ok, nak mulakan kisahnya semalam kami sekeluarga lalu la depan 'gudang' makan ni. Pandangan pertama 'woowww..ramai giler, mesti ada sesuatu yang menarik kat sini'. Suami ajak singgah tapi aku mintak dia teruskan perjalanan ke arah Teluk Intan sebab dua-dua anak baru jer lena tak sampai 5 minit. Kalau kejut, memang huru hara waktu nak makan nanti.

Kononnya nak cari kedai makan yang best kat Teluk Intan tapi hampa bila orang sana cakap 'hari Ahad banyak kedai tutup, kalau datang petang boleh makan mee udang'. Aku tengok jam, baru pukul 2 petang. Fuh ! Nak tunggu petang, bercinta jugak la ngan anak-anak ni haaaa. Ambil keputusan balik ke Putrajaya tapi lalu jalan tadi. Sebab nak makan kat sana dengan harapan kedai tu masih buka.


Alhamdulillah. rezeki kami dapat jugak makan kat sini walaupun kereta yang parking macam tak berganjak jer. Masih ramai yang masuk kedai ni. Pukul berapa tutup eh? Ok... Sampai jer terus beratur nak amek lauk. Kat sini dah ada signbord arah lauk, air dan nasi. Jadi, jom la beratur. Masuk jer pintu dah tergantung kambing bakar. Masak black paper. Kami suami isteri memang peminat kambing, jadi terus ambil 2 set. 


Sepanjang laluan ni ada banyak pilihan lauk. Nak ikan, ayam, udang dan lain-lain ada. Tak sempat nak ambil gambar banyak, sambil dukung hero ni. Kalau ikut nafsu suami aku, memang dia nak amek jer lauk pauk ni tapi membazir kot. Aku ngan dia jer pulun makan, anak nak telur gak ! Hahahaaaa..
Aku cari meja. Suami pulak beratur ke wing sebelah sana. Tak pasti menu apa yang ada tapi yang suami bawak dalam talam tu ada ulaman, ikan pekasam, daging salai, telur masak kurma untuk anak kesayangan dia. Heeee.. Kalau tak ada telur, sukar sikit untuk pujuk makan nasi. Kebetulan ayam bakar kat sini ada rasa pedas, tak sesuai nak suap anak.

Dah siap ambil semua lauk, suami aku ambil nasi 3 bekas (buluh). Kalau ikutkan 1 buluh ni pun dah banyak untuk sorang makan, tapi disebabkan kami lapar rasa macam tak cukup lak...hahahaa. Harganya RM 2. Bila tengok jer, teruja lak.. Maklumla tak pernah jumpa lagi kat Putrajaya hahahaa.. Suami aku cakap kedai ni dah lama buka, cuma aku jer baru tau..hehehee

Kalau ikut selera aku, makanan kat sini kategori biasa-biasa je. Tak ada lauk yang betul-betul buat aku rasa nak datang lagi. Seperti yang aku cakap tadi, nasi buluh tu merupakan tarikan untuk orang datang cuba. Paling sedap aku makan kambing masak black paper (maybe) sebab tak tanya masak apa...eheheee. Ayam bakar tu biasa jer, lagi sedap kalau sambal kicap tu meletop. Rasa kurang something kat sambal kicap tu..ermmm. Mungkin bukan luck aku kot semalam. Daging salai masak lemak pun biasa-biasa jer dan telur masak kurma sedap untuk anak-anak makan..hehee. Korang pernah makan kat sini tak ?




Post a Comment

JMR said... 1/10/18 4:45 PM

femes kan kedai ni..katanya Q panjang setiap masa..

sedap eh kambing tu.sebab nampak kering je

Mia Liana said... 2/10/18 10:10 AM

nampak sedap je tu... ramai orang datang...

Amanda Suria said... 2/10/18 2:30 PM

Tak oernah makan kat sini..tp sepalu nampak kawan2 update kat media sosial..oh mannn...kena singgah ni..kambing tu buat hati teruja...

Kakmahh said... 2/10/18 6:22 PM

Wah...ciksu dah pergi. Sedap tak ciksu makanan di sana. Cuti sekolah nanti bawa adik pergi sana.

Izyan Balqis said... 3/10/18 11:52 AM

minggu lepas ke Teluk Intan jugak, nampak kedai ni, tapi some1 ckp biase je rasa dia..huhu...

Raihanah said... 3/10/18 2:46 PM

tak pernah makan, sebab selalu ramai je orang. ya tarikan dia mungkin la nasi dimasak dlm bambu tu je la

Maria Firdz said... 3/10/18 6:30 PM

Sedapnya tengok menu tu... Nasi buluh. Hmm. Lama tak makan...

 
Top