2
Operation Gigi Abang Long | Hari ni aku tergerak hati nak kongsi kisah pembedahan buang gigi abang long yang rosak sebagai kenangan untuk dia dan adik-adiknya baca masa akan datang. Kalau korang yang jenis penakut, tolong jangan baca dan tengok sebab gambar-gambar yang aku kongsi mungkin mengerikan...heheheee.

Kisahnya bermula bila gigi abang long mereput, terhakis dengan sendiri pada usia 3 tahun (2017). Aku follow up kat Klinik Gigi (KK). Pada mulanya doktor tak bagi cabut sebab abang long tak mengadu sakit, cuma gigi jer makin terhakis. Cadangan doktor untuk aku kurangkan 'kuantiti' susu formula waktu tidur atau tukar kepada air masak je. Tapi abang long ni, tidur malam botol kat mulut. Salah satu punca gigi cepat rosak.

Beberapa bulan lepas tu, aku ke KK sekali lagi untuk kes sama sebab bahagian depan (atas) abang dah total terhakis. Doktor masih lagi bagi cadangan supaya tunggu gigi kekal keluar untuk tolak gigi yang rosak. Memandangkan setiap kali abang long minum susu, mulut dia berdarah tanpa rasa sakit. Tengok-tengok dah ada kesan darah kat bibir atau puting botol susu. Doktor ambil keputusan untuk refer ke doktor pakar pergigian kat Hospital Serdang. 

Doktor pakar bagi cadangan untuk buang gigi-gigi yang rosak sebelum merebak ke gigi yang lain. Beberapa prosedur perlu ikut sebelum buat pembedahan termasuk jumpa doktor bius. Sedia maklum, kes kat Hospital kerajaan ni makan masa yang lama untuk temujanji. Normal ! Lebih kurang 5 bulan jugak menunggu tarikh pembedahan abang long. 

Dalam tempoh menunggu tarikh pembedahan tu, abang long secara rasminya tak minum susu lagi dengan kehendak sendiri. Aku memang lega sangat sebab tak perlu risau macam mana dia nak minum susu lepas pembedahan. Tapi kesian tetap kesian kat anak sebab terkorban gigi yang ada. 

Hari Pertama (4.6.2018)

Bulan puasa ni, 2 minggu sebelum raya abang long kena check in...hehehe. Sepanjang usia abang long, dia tak pernah demam yang teruk atau masuk wad. Tak pernah kena jarum sebab sakit. Macam-macam soalan dia tanya sebab kena tidur wad. Abi dia yang jaga sepanjang dia dalam tahanan ni, aku pulak masih lagi BF Addin Muqri, memang tak ada harapan nak teman abang long. Aku cuma hantar kemudian balik rumah untuk urusan si adik. Tapi hanya Allah jer tau perasaan seorang ibu waktu tu. Allahuuu..


Lepas aku balik dari sana, Abinya hanya wasap aku, dia cakap doktor mintak abi keluar selepas beberapa kali cubaan tuk masukan jarum kat tangan tapi tak berjaya. Meraung sambil tendang doktor. Sakit ! Petang tu aku kembali ke sana sebab nak berbuka puasa. Abang long tak boleh bawak keluar, jadi terpaksala aku belikan makanan masuk dalam wad tuk berbua. Syukur sebab baby sitter adik ofer diri untuk jaga sampai malam selepas aku berbuka puasa. 

Sampai jer kat hospital, aku tengok kiri kanan tangan abang long lebam sebab cucuk jarum tu. Muka dah bengkak sebab menangis kena masuk jarum kat tangan. Hero tewas !

Hari kedua (5.6.2018)

Malam tadi, memang tidur tak lena ingat anak kat hospital. Seawal pagi, aku dah menapak kat sana. Abang long dapat nombor giliran ke-2 untuk pembedahan jam 8 pagi.  Tapi abinya cakap, abang long seronok...hahaha. Belum cabut gigi, boleh la nak seronok-seronok nakkk oiiittt ! 

Bila nampak abang long dah pakai uniform macam ni, aku mula gundah gulana. Hati dah tak keruan. Gigil kepala lutut, jantung berdebar-debar. Cuba remind diri sendiri, anak cabut gigi jer...cabut gigi okeh..hehehee


Tiba masanya abang long kena tolak ke dewan bedah. Muka abang long pun mula nampak pucat, nampak dia takut. dia gengam tangan abi sepanjang perjalanan ke dewan bedah. Doktor bagi salah sorang dari kami jer masuk. Abang long pilih abi dia peneman. Aku masih ok..bisik-bisik kat abang long mintak dia relax sedangkan hati aku yang tak keruan..huhuuuu.

Dari pukul 10 pagi masuk dewan bedah sampai pukul 1.30 petang, abang long baru ditolak ke wad. Sepanjang tempoh tu, macam-macam aku rasa. Ke hulu...ke hilir.. nak terkucil, nak terberak, nak nangis. Allah... lama giler ! 

Rupanya abang long meragam kat dalam dewan bedah. Doktor nak masukan ubat bius melalui tiub, dia nangis. Fobia jarum kat tangan tu. Lama jugak sesia pujuk memujuk. Nak tunggu abang long tertidur pun lama gak. Patutla berjam-jam lamanya..hahahaaa


Ni keadaan abang long selepas kena cabut gigi. Banyak ! Yang tinggal hanya gigi garham atas kiri kanan. Gigi garham bawah, kiri kanan. Gigi depan, bawah ada 4 jer..hehehee. Nampak tak besi kat gigi tu? Itu hanya sarung jer untuk selamatkan gigi abang long. Gigi yang tinggal untuk dia kunyah makanan nanti.
Kesimpulannya, doktor buat pemeriksaan terakhir sebelum cabut. Mana-mana gigi yang berpotensi untuk rosak, doktor terus cabut. Katanya tak nak berlakunya pembedahan kedua untuk anak-anak seusia abang long. Budak mudah fobia nanti dengan doktor gigi. Itu cara yang terbaik untuk abang long.

Petang tu jugak dah boleh balik rumah. Adik datang dengan Abi jemput abang long. Adik tengok abang long macam malu-malu jer...hahahaa. Rindu kat abang long agaknya sebab tak jumpa semalam. Kemain seronok dua beradik ni. Hilang rasa sakit abang long bila tengok adik.

Hari ke-4 selepas pembedahan, masih ada pendarahan pada mulut abang long. Hati aku dah mula risau. Seminggu abang long tak makan apa-apa. Hanya minum air masak je dan susu kotak duch lady. Badan pun nampak cengkung dan kurus sekelip mata. Aku bagi makan aiskrim vanila supaya gusi cepat sembuh. Alhamdulillah.

Minggu ke-2, abang long dah boleh makan macam biasa. gusi dah makin baik. Elok pulak tu nak raya, balik kampung dengan gigi tak ada...ahahaaa. Orang lain makan best, abang long makan memilih. Mungkin dia rasa ngilu lagi kat gusi. Fobia untuk makan tu masih ada.


Sekarang ni dah bahagia dengan kehidupan tak dak gigi depan. Senyum pun kemain yakin..hahaa. Semua makanan dia makan dengan beberapa batang gigi yang ada. Gusi pun dah sekuat gigi agaknya. Tapi temujanji kat Hospital Serdang masih diteruskan sehingga gigi kekal keluar. Doktor nak tengok dan pantau pertumbuhan gigi baru nanti. InshaAllah...semuanya baik dan cantik-cantik lepas ni. Untuk abang long, dah besar nanti sila baca tau. Ini pengalaman Ibu dan Abi sepanjang bergelar ibu ayah. Ibu Abi sayang abang long dan adik dunia akhirat. 




Post a Comment

dorsett pink said... 31/10/18 6:36 PM

salah satu pengalaman berharga menjadi parents ni ialah mommy or daddy terpaksa menjadi doktor gigi. hehe.. Aanak saya pun ada masalah gigi juga

Kak Mahh said... 4/11/18 3:33 PM

Kasihan abelong. Harap lepas ini abe long rajin gosok gigi. Bertuah abe long dapat baca cerita abelong ini bila besar kelak.

 
Top