0
Transformasi R&R Dengan Jenama Besar | Sape follow aku kat Ig, mesti korang tengok gambar aku dengan kawan² lain kat PLUS. Aku nak share info menarik dengna korang mengenai PLUS. Siapa yang guna lebuhraya, wajib baca sampai habis tau..hehehe. 


 Aku sampai sana lebih kurang pukul 10 pagi. Nampak dah jenama² hebat kat sini. Orang² yang hadir pun nampak hebat jugak. Fuh! Gementar pulak rasanya. Maklumla dah lama tak cover event hahahhaaa. 

Korang selalu guna lebuhraya PLUS kan? Pastinya korang akan singgah kat R&R memana kawasan sekalipun. Macam aku, kalau balik Kedah boleh dikatakan semua R&R aku dah singgah. Persoalannya, korang makan apa kat sana? Ada banyak pilihan ke? Atau korang rasa dah jemu ngan setiap R&R yang tak ada sesuatu yang menarik. Lepas ni koranh dah tak perlu nak risau yea, sebab PLUS dah memerai perjanjian dengan 10 jenama terkenal.
Taaaraaaaa... Haaa.. Korang tengok kat atas ni ha. Ni la yang aku nak share ngan korang antara jenama hebat yang bakal berada di R&R yang terpilih. Antara jenama hebat tu Starbucks, Krispy Kreme, Harolds Bread, Mohd Chan, Famous Amos, A&W, Dunkin Donuts, MyNews, Kenny Rogers dan Line Clear Nasi Kandar.


Penambahbaikan ini mengikut peredaran masa dan citarasa pelanggan yang singgah disini. Pihal PLUS dah buat kajian terlebih dahulu untuk memberikan perkhidmatan terbaik daei segi corak pemakanan, tabiat perjalanan dan lokasi terlibat.



 Lepas ni, pegguna lebuhraya PLUS boleh buat pilihan mengikut seleras masing². Tak ada masalah "tak tau nak makan apa kat R&R" sebab pihak PLUS menawarkan pelbagai variasi dan piluhan makanan serta minuman. Buat masa sekarang, PLUS sedang mentransformasikan R&R sebagai pusat atau hub komuniti dimana semua boleh berkumpul dan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan². Selain tu, isu parking juga diambil kira dalam penambahbaikan ni.

Disebabkan budaya pemakanan trend terkini dimana medan selera kurang mendapat sambutan pada zaman kini. Jadi pihak PLUS telah mencari altenatif terbaik dengan berkerjasama dengan jenama² yang menjadi kegemaran serta pilihan ramai. Projek pertama dah dilaksanakan di R&R Rawang (arah Utara) yang melibatkan ubahsuai berkonsepkan minimalis. Tak sabar pulak aku nak singgah sini.

Untuk maklumam korang, PLUS memperkenalkan projek perintis pembayaran tanpa tunai menerusi Aplikasi BOOST di R&R Ayer Keroh (arah Selatan) serta pembayaran tanpa sentuh menerusi Visa PayWave di R&R Dengkil (arah Utara). Tak perlu risau nak bawak cash banyak² dalam handbag lepas ni. Mudah kan? 

Aku harap dengan penambahbaik ni akan buat perjalanan kita semua selamat dan lebih selesa. Makan pun sedap² jer ni. Orang kata, perut kenyang hati senang. Haaaa.. Nak memandu jauh pun tak gusar dah. Tak gitu ? 



Post a Comment

 
Top