2
Susu Kambing Viral Nufael | Sungguh ketinggalan zaman bila aku hanya dapat tau rupanya susu kambing Nufael ni dah viral...hahah. Ya ampun... adakah ni penangan anak dah 2, bermakna ko dah makin kurang melayan gosip-gosip liar? Cissss..terasa tua lak. Hehheee. Ok, nak share ngan korang sebenarnya aku bukan peminat susu. Apa-apa jenis susu yang fresh ke tak, tekak tak boleh nak telan.

Tapi selepas aku kahwin dan mengandungkan anak pertama, aku sedaya upaya minum susu untuk bekalkan khasiat untuk anak dalam kandungan. Betul orang kata, kalau mengandung jer apa jenis makanan yang tak pernah makan tapi memberi khasiat pada anak dalam kandungan, dengan automatiknya akan boleh telan..hehehehe. Bermula dari situlah aku minum susu termasuk susu kambing. Hebatkan bila jadi ibu...semua boleh !

Kali ni aku nak share ngan korang susu kambing Nufael...haaa.. Alaaaa..yang viral tempoh hari. Haaa..baru hari ni aku sempat nak update kat blog. Bizi sungguh ! Apa bezanyanya susu kambing Nufael dengan jenama lain? Ok... susu kambing Nufael ni 100% adalah asli dan  digabungkan dengan makanan semulajadi seperti Delima, Kurma, Madu, Minyak Zaitun dan Manna serta Kismis dengan EKSTRAK SEBENAR bukan campuran perisa, pewarna daripada bahan ini. Yang lebih berkesan dan original berbanding yang berperisa dan pewarna.

KHASIAT SUSU KAMBING NUFAEL

Susu kambing Nufael ni sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas, orang dewasa, pelajar dan warga emas. Disebabkan aku yang minum untuk diri sendiri, maka dengan ini aku nak kongsi dengan korang khasiat susu kambing Nufael yang dalam katogeri berikut :
Ibu menyusu (sedang BF Addin Muqri)

  • Membantu untuk menambah susu badan
  • Menstabilkan HB semasa hamil
  • Membantu elakkan sakit semasa sembelit di dalam pantang
  • Memberi tenaga luar biasa
  • Mengelakkan baby jaundice selepas dilahirkan.
Ibu hamil (bakal hamil lagi...aku lewtew)



  • Membantu untuk menambah susu badan
  • Menstabilkan HB semasa hamil
  • Membantu elakkan sakit semasa sembelit di dalam pantang
  • Memberi tenaga luar biasa
  • Mengelakkan baby jaundice selepas dilahirkan
Ibu berpantang (akan datang)

  • Membantu untuk menambah susu badan
  • Menstabilkan HB semasa hamil
  • Membantu elakkan sakit semasa sembelit di dalam pantang
  • Memberi tenaga luar biasa
  • Mengelakkan baby jaundice selepas dilahirkan.
CARA PENYEDIAAN SUSU KAMBING NUFAEL

Campurkan 3 skop susu kambing Nufael dengan 170 ml air suam dan kacau arah lawan jam sehingga larut. Tidak digalakkan guna air panas kaw-kawa yea. Hilang segala zat nutrisi tu nanti..bagi air panas tu suam-suam kuku ok.



Korang ada masalah nak minum susu tak? Tekak tak boleh nak telan walaupun susu tu tak ada tak dak pun bau kambing atau hamis pun..hahaha. Ok, boleh buat macam aku ni, campurkan sesudu milo dalam campuran susu kambing tadi. Kalau nak pekat lagi, campur la berapa banyak milo yang korang nak...hahaa. Segelas susu ni akan habis sekelip mata bila disejukan. 

Untuk info lebih lanjut, aku share ngan korang link kat bawah sebagai rujukan. Semoga bermanfaat untuk semua yea. 



Post a Comment

Kak Mahh said... 16/10/18 2:55 PM

Campur dengan milo ke? Guna air suam atau air panas bancuh susu tu. Kalau tak habis sila simpan untuk saya.

kata ucapan tahun baru said... 26/10/18 6:30 AM

wow kayaknya enak tuh :D

 
Top