5
Hari Yang Dinantikan | Yea.. hari ni lah hari yang aku tunggu setelah berkhidmat selama 11 tahun 3 bulan di sini (5.8.2007 - 4.11.2018). Lama kan? Orang kata, dah jadi otai kat tempat sekarang..hahaha. Tapi dalam menuntut ilmu ni tak pernah habis. Ada je kerja baru dan perkara baru belajar. Sape kata orang kerja kerajaan ni relax? hihiiii

Kat sinilah bermulanya kehidupan aku seusia 20 tahun mencari rezeki. Pengalaman pertama aku bekerja. Yeaaa kat sini...sini.. Macam-macam pengalaman ada. Nak ikutkan, banyak cerita baik mahupun kurang baik sepanjang disini. Semuanya tinggal memori.


Dah tiba masanya aku undur diri dari zon selesa. Mencari rezeki kat tempat baru, mencari suasana baru dan pengalaman baru. Kalau ditanya apa yang aku rasa sekarang? Hahaaaaa.. Jujur aku cakap, 2 minggu lepas aku rasa seronok sangat bila dapat tau ditukarkan. Memang ini yang aku nantikan Minggu ni, rasa sangat-sangat tak sabar nak ke pejabat baru. Tapi mak selalu pesan, jangan seronok sangat, nanti disusuli ngan air mata. Jadi aku buat-buat biasa jer walaupun dalam hati melonjak girang.

Tapi hari ni aku rasa...ermmm.. Ya Allah. Sedihnya. Pilunya. 11 tahun tu punyai lebih dari 1001 cerita. Hanya Allah jer yang tau bercampur baur perasaan aku sekarang ni. Rasa tak nak pulak pindah...hahahhaaa. Aku tak pindah jauh pun... Masih dalam Putrajaya tapi rasa sedih pilu tu semacam yea. Kawan-kawan kat sini.. Allahuuuu.. Tak boleh nak taip pepanjang dah, sebak dada ni. 

Btw, hari ni ada jamuan sempena hari jadi staff unit aku dan pertukaran aku. Sekali jalan jer la kan.. Macam yang aku jangka, hujan air mata la kat opis. Hati aku lak ibarat tisu basah tau. Eeeeee... tak suka .. tak suka.. nangis pun nangis la. Untuk kawan-kawan kat sini, aku tempah pavlova lemon dari Kak Sue Izza ( 017-939 7536 ). Sedap tau, rasa masam-masam manis tu..nyummmyy sangat. 

Isnin depan, lapor diri kat pejabat baru. Ermmm.. berdebar lak. Kali pertama aku tukar pejabat.. aduii.. semuanya kali pertama dalam hidup aku ni. Hahaaaa.. Ok, lepas ni kalau tukar ke pejabat lain, mesti tak sesedih macam ni atau tak segemtar gini. Doakan aku dapat kawan-kawan yang baik, kerja yang memudahkan semua orang. InshaAllah. 



Post a Comment

PeRdU cINta said... 2/11/18 2:49 PM

Selamat berkhidmat di tempat baru ya..Dkna.

Sue Izza said... 2/11/18 3:05 PM

selamat berkhidmat di tempat baru...

mas saari said... 2/11/18 3:32 PM

Laaa nak tukar ke, pi mana pulak ni. Anyway good luck di tempat baru!

lullabyssz said... 5/11/18 3:00 PM

Jemput join Planner 2019 Giveaway :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/planner-2019-giveaway-by-lullabyssz.html

Lisa Nurulain said... 7/11/18 8:59 PM

selamat berkhidmat di tempat baru dkna ....

 
Top