1
Rutin Makan Roti Canai Setiap Hari  | Awal Disember hari tu, aku dah mula rutin harian bawak 2 orang hero ni sarapan pagi sebab Addin Muqri dah hantar ke taska. Bermulah kehidupan dia ngan kawan-kawan yang ramai. Sebenarnya sedih gak la sebab usia dia baru cecah setahun 6 bulan. Rasa macam kecik sangat nak hantar taska. Tapi apakan daya, pengasuh Addin Muqri dah bersalin awal dari jangkaan. Nak cari pengasuh lain, mencabar jugak la. 

Aku decide hantar je taska kebetulan kat pejabat aku ni memang khas taska untuk staff sini jer. Kekosongan untuk toodle ada. Rezeki la tak yah fikir nak cari taska luar. 

Minggu pertama hantar, setiap hari teriak..hehehe. Sedih kena tinggal tapi hati aku kena kental, tak boleh layan teriak dia tu. Minggu ni, kiranya dah masuk minggu ke-2 Muqri kat taska. Alhamdulillah..pepagi dah tak nangis. Cuma mimik muka tu nak nak nangis..hahhaa. 

Rutin harian aku pun dah berubah. Setiap pagi bawak 2 hero ni cari kedai makan. Sarapan dulu dengan anak-anak sebelum hantar dorang ke lokasi berlainan. Suami aku memang tak dak harapan nak join sama. Dia pun terkejar-kejar nak punch kat pejabat nun jauh di sana. 

Alhamdulillah. Untuk tahun depan, aku rasa lebih tenang uruskan anak-anak memandangkan abanglong pun dapat masuk tadika paling dekat dengan rumah dan pejabat aku. Percaya pada ketentuan Allah..dia bagi kita susah sikit jer, tapi Dia akan bagi kita senang berpanjangan. 

Post a Comment

dorsett pink said... 23/12/18 2:34 AM

Alhamdulillah! Allah permudahkan urusan anak-anak dkna

 
Top