1
LAZZ SUSU KAMBING TETAP JADI PILIHAN AKU | Macam dah lama tak nampak iklan Lazz Susu Kambing kat TV. Korang nampak tak ? Alaaaaa... Yang ada budak perempuan tu ..aku suka dengar dia nyanyi "Lazzzzz susu kambingggg" hehehee.. Comey budak tu. Sebab iklam ni jugak aku minum susu kambing. Dipendekkan cerita, waktu memula aku minun Lazz Susu Kambing ni pada tahun 2017..ermm lama kan? 

Now..aku masih kekal dengan stok Lazz kat rumah. Lagi² selepas beranakkan Addin Muqri, memang Lazz tetap pilihan aku. Rasa dia lain tau ! Selera aku "on" dengan Lazz Susu Kambing ni. 

Sebenarnya, aku pun tak percaya masih lagi menyusukan Addin Muqri yang kini dah usia 1 tahun 8 bulan. Sebab tu aku continue jer minuman ni sebagai milk booster. Alhamdulillah. Usaha dan tawakal, inshaAllah. Korang yang mana dalam perancangan nak menyusukan anak, boleh amalkan dari sekarang. Orang kata, biar sebati ngan darah daging #ehh.. Hahahhaa
Ok..ni aku nak tunjuk kat korang pakej yang terkini yang korang boleh dapat dalam 1 harga. Pilihan aku, lazz choco, lazz kurma dan lazz cafe. Aku saja jer pilih banyak perisa supaya tak jemu dan ikut mood nak minum hat mana..hehee
 Lazz Cafe ni dalam sachet. Lagi senang aku nak bancuh. Stok ni aku simpan kat opis. Ssshhyyyyy.. Jangan sampai suami aku tau...hahahah. sebab apa? Sebab lazz cafe ni sedap. Kalau letak kat rumah, aku tak sempat nak rasa. Buka jer kotak dah habis. Suami aku pun minum gak tau ! Rasa cafenya lite jer, tak terlalu pekat. Sedap ! 
Mesti korang tak perasan kan ? Cuba tengok.. Apa yang lain kat kotak susu lazz ni ? Memula aku tak perasan jugak, tapi Addin Muqri duk tunjuk² kat kotak. Aku fikir dia nak main ngan kotak ni tapi sebenarnya dia tunjuk gambar Omar dan Hana. Patutla kemain menjerit panggil ibu. 

Satu lagi info yang aku patut share ngan korang yang sangat-sangat sibuk dan tak sempat nak cari kedai untuk beli Lazz Susu Kambing ni. Korang boleh jer beli melalui agen Lazz yang berhampiran korang. Delivery depan pintu rumah gituh ! Aku mintak agen ni hantar kat pejabat, lagi senang. Tak payah nak fikir kena bawak anak, nak beli susu lazz. Lagi senang bila dapat tau sebenarnya agen Lazz ni jiran blok sebelah rumah...hahaha. Lepas ni boleh la jalan kaki jer ketuk pintu rumah. 

Korang area mana? Nak cari agen berhampiran, cuba korang tengkk kat laman sesawang berikut : 

Facebook LAZZ Susu Kambing
Instagram LAZZ Susu Kambing HQ

Post a Comment

game offline android said... 27/1/19 6:51 AM

hai kak good morning, izin singgah ya di blog nya kakak :)

 
Top