2
Hari Pertama Tadika Dan Taska Anak Teruna | Pembuka tahun 2019, uruskan persekolahan anak² teruna ni. Hari ni Abanglong masuk tadika baru dan adiknya pun sama jugak. Dua² beradik ni kat tempat baru dan suasana baru. 

Untuk hari pertama, aku hantar adik dulu sebab tadika abanglong mula operasi kul 9 pagi. So, boleh relax² sikit la kat taska adik. Tengok keadaan adik pagi ni, ok ker. Tapi aku hat risau hahhaaaa. 

Kat taska baru ni, adik kena berdikari sendiri. Aku kena pujuk bagi dia ralit duk main belon lepas tu aku cepat² tarik tangan abanglong, nak lari keluar. Abanglong pun dah makin bijak, faham dah. Siap cakap ngan adik, jangan nangis kat sekolah adik ada kawan..hihii

Masa aku tinggalkan adik, dia pandang jer aku berlari ngan abanglong. Nangis pun idok, panggil aku pun idok. Mata terkebil-kebil jer...hahaha. Tapi aku lak rasa "ya allah, kesiannya tengok mata anak pandang nga keadaan sayu gitu. Luluh hati ! 

Abanglong pulak gtau, ibu..jom la hantar sekolah. Nanti sekolah abanglong tutup. Hamboooiii.. Kemain teruja dia nak sekolah baru. Dalam kereta aku pesan, jangan nangis tau sebab adik pun tak nangis. Abanglong nampak lagi cool. Yeaaa laaa..dah umur 5 tahun 2019. Makin cerdik !

Nak turun kereta, abanglong cakap "kat seolah baru tak boleh bawak mainan. Nanti cikgu buang dalam tong sampah. Kat sekolah lama jer boleh" hahahaaaa.. Part bawak mainan ni aku risai tapi bila abanglong sendiri cakap camtu, aku rasa lega yaaaammmaaat ..hehee

Bermulalah rutin abanglong kat tadika baru. Doa ibu untuk dua² anak ibu agar jadi anak yang soleh dunia akhirat. Ibu yang sendu anak cool. Hihiiii..

Post a Comment

Qeykah said... 14/1/19 11:02 PM

Artikelnya sangat bermanfaat mas,terimakasih atas informasinya semoga bermanfaat buat yang lainnya juga,kalau ada waktu mampir dong di tunggu kritikannya tentang Buat Kamu Yang Suka Merokok Wajib Baca,ini cara membersihkan Paru - Paru mu takut ada kesalahan dalam penulisan dan penjelasan,saya tunggu ya mas.

Wan Syahida said... 15/1/19 12:13 PM

selamat bersekolah wahai anak. rajin2 belajar yek..

 
Top