1
Dah pertengahan bulan Mac, cepat sungguh masa berlalu. Baru aku sedar, ada kisah yang aku belum sempat share kat blog. Kisah yang wajib aku kongsi untuk aku baca satu hari nanti. Untuk anak² aku baca dan untuk family aku imbas kembali kenangan ni. 

 Kisahnya aku balik kampung bulan lepas (Feb 2019). Perancangan nak keluar makan² kat luar ngan kakak² aku. Terlintas kat fikiran nak buat kejutan hari lahir untuk mak aku. Walaupun tarikhnya belum sampai. So, suprise ! 

Lokasi untuk "makan malam" ni kakngah yang uruskan. Dekat Flora D'Tunjong jer. Orang Klate, kalau sebut jer restauran bini Apek (pemain bola) tu, dorang dah tau mana lokasinya kat mana. Part aku pulak mencari suprise delivery yang ada area Kota Bharu. Bab ni, serah pada aku, sebab aku suka "search". Lebih kurang sebulan gak la plan benda ni. Nak buat camtu, nak buat camni. Akhirnya, menjadi seperti yang aku nak.

Plan ni hanya aku, suami dan kakngah jer tau suprise apa yang nak buat untuk Mak aku dan 2 orang anak buah ni. Hat lain, dorang tau gitu² jer. Tau yang nak bawak mak aku p makan.. Eh ! Rezeki la anak saudara aku 2 orang ni. Kebetulan birthday dorang pun selang beberapa hari ngan atoknya, so....kita potong kek sesama. Haapp haaapp hooreeyy ...
Usia mak aku dah cecah 68 tahun. Nampak masih gagah, masih kuat dan sihat. Semoga Allah panjangkan usia mak aku lebih lama. Supaya kami adik beradik dapat berkat doa dari ibu lebih lama. Huhuuu.. Ni yang aku tak suka nak share atau taip lama². Dah nak nangis kita wakkkk sambil tunggu doktor panggil masuk bilik ! 

Untuk anak² saudara aku.. Dua² ni cucu sulung lelaki dan perempuan. Ciksu doakan Abe Afiq dan Kakak Syasya jadi anak berjaya didunia dan akhirat. Nanti ciksu dah tua, korang pulak buat suprise untuk ciksu okeh..hehehe.

Ok.. Finish.. Berdebar nak jumpa doktor ni. 


Post a Comment

Wan Syahida said... 11/3/19 3:09 PM

semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan yang baik.

 
Top