3

Puasa Pertama Addin Mikhail| Dah 5 tahun umur Abanglong. Tapi aku tak perasan yang dia dah besar. Dan boleh latih berpuasa. Sehari sebelum ramadan, mualimah ada send info berkaitan denga puasa dan menggalakan anak seusianya berpuasa separuh hari. Jadi, aku ambil keputusan tuk kejut abanglong bangun pagi dari hari pertama. Kebetulan kami sekeluarga berpuasa di kampung, cuti la dari hantar anak² ke tadika. 

Alhamdulillah.. Sejak aku bagi homeopati Ustaz Tido, aku tak ada masalah nak kejut abanglong bangun sahur. Info lain, aku cerita kat entry khas Ustaz Tido yea. 

Ok.. Untuk hari ke-3 puasa, tapi hari pertama abanglong puasa kat tadika ngan kawan² dia. Waktu ambik tadi, mualimah bagitau yang anak² tengah siap sedia nak makan nasi berbuka (puasa separuh hari) 😂

Aku terus je bawak balik sebab nak ambik si adiknya pulak. Hari ni bertahan puasa sampai kul 4 petang berbanding 2 hari lepas sampai pukul 10 pagi jer. Nampak je ibu, terus cakap "along dahaga" 🤗

Bagi jer dia minum air. Kesian ! Lepas tu siap ngadu ada kawan along tak puasa tapi along puasa 😁.

Tanya nak makan apa? Kot la nak makan McD, pizza tau kepsi..hahahaa. Jawapan "along nak makan nasik telo kat rumah" 😅
.
Aku harap, untuk hari esok dan mendatang abanglong jadi yang lebih baik . InshAllah. 






Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment

PeRdU cINta said... 8/5/19 6:45 PM

InshaAllah boleh.Aamiin.

zarul farhana said... 8/5/19 8:38 PM

Insyallah...
Along boleh berpuasa 1 hari penuh tu

Empayar Utama said... 3/6/19 11:33 AM

Singgah mengucapkan Selamat Hari Raya :)

 
Top